Kemalangan meningkat enam bulan pertama tahun ini – PDRM

By  |  0 Comments

Crash-accident-collision

Kes kemalangan jalan raya meningkat tiga peratus bagi enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas, namun jumlah kemalangan maut mencatatkan penurunan, laporan Bernama.

Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff, sejumlah 240,703 kes dicatatkan bagi Januari hingga Jun tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 6,942 kes daripada 233,761 kes yang dicatatkan tahun lepas.

Bagaimanapun, jumlah kemalangan maut menurun sebanyak 2.2 peratus kepada 3,252 kematian dalam tempoh yang sama berbanding tahun lepas sebanyak 3,325 kematian.

Golongan penunggang dan pembonceng motosikal merupakan pengguna jalan raya yang mencatatkan kadar kematian tertinggi iaitu 2,036 kes diikuti motokar (660), pejalan kaki (236) dan lori (112).

“Motosikal masih merupakan kategori kematian yang paling tinggi bagi separuh tahun pertama 2015 dan cawangan trafik akan mempertingkatkan penguatkuasaan ke atas penunggang motosikal pada sepanjang tahun,” katanya.

Mohd Fuad berkata kes kemalangan di lebuh raya meningkat sebanyak 68 kes kepada 458 berbanding 390 kes pada tahun sebelumnya manakala di jalan persekutuan menurun 4.4 peratus, jalan bandaran (menurun 1.9 peratus) dan jalan negeri (menurun 4.2 peratus).

PDRM-4

Sementara itu, sejak Op Selamat 7/2015 dilancarkan pada Jumaat lalu, polis merekodkan sebanyak 74 kematian daripada 4,184 kes kemalangan yang kebanyakannya melibatkan penunggang motosikal sepanjang tiga hari operasi itu dijalankan di seluruh negara.

“Apabila Op ini dilaksanakan setiap tahun, polis mengesan sebanyak 60 ‘hotspot’ kawasan kerap berlaku kemalangan di seluruh lebuh raya di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang masih merupakan negeri yang paling tinggi berlakunya kemalangan jalan raya, manakala Perlis, Kelantan, Terengganu dan Sabah adalah negeri yang mencatatkan kes kemalangan yang terendah.

Sumber foto : Facebook PDRM

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *