Plaza tol LPT2 mula beroperasi hari ini – Percuma sehingga dimaklumkan kelak

By  |  0 Comments

LPT2_2

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengumumkan pengoperasian 10 plaza tol di sepanjang jajaran Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT2) telah pun bermula pada 7 Julai iaitu hari ini.

LLM berkata objektif utama pengoperasian plaza tol LPT2 ini adalah untuk mengurangkan kesesakan di Plaza Tol Jabor berikutan pada masa ini pengguna di LPT1 yang ingin meneruskan perjalanan ke LPT2 terpaksa membuat bayaran tol di Plaza Tol Jabor dan membuat pusingan U untuk ke LPT2.

Mulai hari ini, pengguna boleh menikmati perjalanan tanpa henti dari LPT1 ke LPT2 dan hanya perlu membuat bayaran tol untuk keluar dimana-mana plaza tol LPT2.

Buat setakat ini, kadar bayaran tol adalah berdasarkan kepada jarak perjalanan yang dilakukan di LPT1 sahaja. Sebagai contoh perjalanan dari Karak (LPT1) ke Kuala Terengganu (LPT2) kadar tol yang dikenakan adalah dikira bagi kadar tol dari Karak ke Jabor sahaja berjumlah RM21.00 bagi kelas 1.

Bagi pengguna yang menggunakan LPT2 tanpa melibatkan perjalanan LPT1, bayaran tol adalah percuma. Pengguna hanya perlu mengambil tiket transit dan menyerahkannya di mana-mana plaza tol LPT2 semasa keluar dari lebuh raya. Pengenaan tol percuma ini adalah sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Para pengguna adalah dinasihatkan untuk menyimpan tiket transit dalam keadaan yang baik sepanjang berada di LPT1 dan/atau LPT2 untuk diserahkan kepada jurutol apabila keluar melalui mana-mana Plaza Tol.

Dalam pada itu, LLM juga menasihati pengguna untuk mengisi penuh minyak sebelum memasuki LPT2 memandangkan penyediaan stesen minyak di kawasan itu masih dalam proses.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq