Puspakom tawar 5,000 pemeriksaan kenderaan percuma sempena Aidilfitri

By  |  0 Comments

raya_free_inspection

Sempena dengan kedatangan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, Puspakom telah menawarkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela (VVI) bagi 5,000 pelanggan pertama dari sekarang sehingga 15 Julai ini.

“Keadaan kenderaan yang tidak begitu memuaskan adalah salah satu faktor boleh berlakunya kemalangan. Justeru, kami berharap lebih ramai pemilik mengambil peluang ini untuk memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik dan selamat untuk dipandu menuju ke kampung masing-masing bagi meraikan perayaan ini bersama keluarga tersayang,” ujar CEO Puspakom, Mohammed Shukor Ismail.

Tambahnya lagi, melalui kempen pemeriksaan kenderaan individu secara percuma ini, Puspakom berharap ia akan dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan dalam memastikan keselamatan kenderaan dan membantu mengurangkan kemalangan di jalan raya.

PRESS RELEASE

Para pelanggan boleh menghantar kenderaan masing-masing untuk diperiksa di semua cawangan Puspakom di seluruh negara kecuali di Puspakom Shah Alam (hanya untuk kenderaan barangan sahaja). Terdapat 25 pemeriksaan akan dilakukan termasuklah brek, tayar, sistem ekzos dan sebagainya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini, sila hubungi talian bebas tol Puspakom di 1800-88-6927.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *