RM5.42 bilion dikutip oleh pemegang konsesi tol pada tahun lalu – Timb. Menteri Kerja Raya

By  |  0 Comments

TOL PLUS

Umum mengetahui, buat setakat ini tiada satu pun syarikat pemegang konsesi tol di negara ini yang ‘bungkus’. Ini kerana masing-masing ada mengutip bahagian sendiri tetapi tahukah anda, 90% daripada jumlah yang diperoleh digunakan untuk melangsaikan semula pinjaman kepada institusi kewangan dan melibatkan pengurusan serta penyelenggaraan lebuh raya.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Rosnah Rashid Shirlin, sebahagian besar pemegang konsesi tidak mencatatkan keuntungan sejak mula beroperasi kerana ia hanya dapat dicapai selepas tempoh konsesi matang.

Sehingga 30 Jun tahun ini, terdapat 30 lebuh raya sedang beroperasi di negara ini di bawah kendalian 23 buah syarikat operasi.

Rosnah turut mengesahkan, kutipan tol bagi 2013 ialah RM5.4 bilion dan 2014 sebanyak RM5.425 bilion.

“90% jumlah daripada hasil pendapatan tol yang diperoleh syarikat konsesi akan digunakan bagi tujuan menjelaskan semula pinjaman kepada institusi kewangan, pengurusan operasi dan selenggara lebuh raya. Manakala baki sebanyak 10% sahaja yang akan diperoleh para pemegang saham konsesi terlibat,” katanya di Dewan Rakyat semalam bagi menjawab soalan Senator Datuk Jaspal Singh yang meminta statistik jalan bertol di seluruh Malaysia.

Pada 26 Jun lalu, Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuh Raya Malaysia (PSKLM) menyatakan kesediaan mengadakan perbincangan dengan kerajaan untuk memohon kenaikan kadar tol di beberapa lebuh raya di negara ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Ir Zainudin A. Kadir berkata, keperluan kenaikan kadar tol ini wujud bukan hanya kerana ia adalah ketetapan jadual berkala yang dipersetujui dalam Perjanjian Konsesi, tetapi juga untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan selesa kepada pengguna lebuh raya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *