Mercedes-Benz Malaysia sahkan Biodiesel B10 sesuai untuk kenderaannya yang dikuasakan oleh enjin diesel

By  |  0 Comments

????????????????????????????????????

Mercedes-Benz Malaysia telah mengumumkan bahan api Biodiesel B10 sesuai digunakan bagi kenderaan keluarannya yang dijanakan oleh enjin diesel. Menurut kajian yang dijalankan oleh Daimler AG, setakat ini tiada sebarang risiko disebabkan oleh B10, biodiesel baharu yang bakal diperkenalkan di Malaysia pada Oktober ini.

“Pihak kami telah menilai dengan penuh teliti mengenai bahan api ini dan mendapati ia sesuai digunakan bagi kenderaan kami yang dijanakan oleh enjin diesel. Kenderaan diesel keluaran kami yang dijual di Malaysia dilihat mampu bergerak lancar dan selamat untuk digunakan, ternyata ia serasi dengan Biodiesel B10 ini. Malah kami juga menawarkan perkhidmatan selang antara 12,000 kilometer untuk memastikan kenderaan pelanggan kami tidak terjejas dengan kualiti diesel,” ujar Presiden & CEO Mercedes-Benz Malaysia, Roland Folger.

Setakat ini, Mercedes-Benz Malaysia hanya memasarkan satu model enjin diesel sahaja di pasaran tempatan iaitu E 300 BlueTEC Hybrid.

B10 adalah adunan mengandungi nisbah 10 peratus biodiesel berasaskan minyak sawit dan 90 peratus diesel petroleum.

Malaysia yang juga negara penanam kedua terbesar minyak sawit dunia, pada masa ini melaksanakan program biodiesel B7 yang diperkenalkan pada akhir 2014.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *