Subaru BRZ tS STI 2015 hanya untuk Jepun – Terhad 300 unit sahaja

By  |  0 Comments

Subaru-BRZ-tS-STI-JDM-Spec-3

Subaru Tecnica International (STI) telah pun diperkenalkan di Jepun sebagai model spesifikasi tertinggi bagi BRZ tS.

Walau bagaimana pun, model edisi istimewa ini tidak menambah kuasa yang lebih ekstra, sebaliknya hanya menghamburkan 200 PS dan 205 Nm, hasil padanan enjin 2.0 liter empat-silinder.

Subaru-BRZ-tS-STI-JDM-Spec-4

Digambarkan sebagai “kereta yang paling lengkap dengan STI”, BRZ tS ini didatangkan dengan suspensi hadapan talaan STI, peredam belakang yang telah direka semula dengan bar berbentuk-V rekaan-STI, lebih kemantapan pada bahagian hadapan dan diameter yang besar bagi drive shaft.

Selain itu, ia turut memiliki talaan istimewa bagi Kawalan Dinamik Kenderaan, penapis bespoke untuk Sound Creator dan brek Brembo dengan ventilated discs. BRZ tS turut dipadankan dengan rim aloi berwarna hitam bersaiz 18-inci yang dibaluti tayar 225/40 ZR18 Michelin Pilot Super Sport, suntikan kosmetik yang lebih segar pada luaran termasuk spoiler bawah, bampar hadapan & belakang, kekemasan dapra hadapan, perumah cermin sisi berwarna hitam dan antena sirip jerung serba baharu.

Bagi ruang kabinnya pula, STI tampil dengan bespoke speedometer, plate sisi sill, tombol gear dan butang penghidup enjin, bahkan roda stereng balutan kulit adalah eksklusif bagi jentera ini. Menampakkan cita rasa yang lebih ranggi dan sporty, kekemasan dalamannya menggunakan karbon untuk panel instrumen, panel pintu dan tempat duduk bucket Recaro.

Hanya 300 unit sahaja yang dihasilkan dan ia didatangkan dengan pilihan warna termasuk Crystal White Pearl, Crystal Black Silica dan Sunrise Yellow.

Ia bersedia menerima tempahan mulai Oktober dengan versi manual pada harga which costs 3,990,000 yen (RM122,417) dan model automatik pula berharga 4,071,000 yen (RM124,902).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *