Renault Talisman bakal tampil di mata dunia 6 Julai ini

By  |  0 Comments

Renault_Talisman

Renault telah pun menyiarkan video pengenalan untuk model sedan serba baharu Talisman yang dijadual bakal diperkenalkan pada 6 Julai ini.

Dibina bagi menggantikan model Laguna dan Latitude, Talisman ini memiliki rekaan yang berlainan bagi luaran dan dalam kabinnya. Antara elemen yang kelihatan menerusi rakaman video di bawah ini ialah kekemasan kayuan, tempat duduk balutan kulit, bahagian hadapan dengan gril bar krom yang nampak agresif, rim aloi dua-tona, lampu belakang yang lebih langsing dan hud berukiran.

Walau bagaimana pun, Renault masih menyimpan perinciannya yang hanya akan didedahkan pada majlis penampilan perdananya sahaja. Namun mengesahkan telah membuat keputusan untuk mengekalkan nama Talisman seperti mana pada model konsep yang pernah dipertontonkan di Frankfurt Motor Show 2001. Untuk pengetahuan, nama ini juga digunakan untuk model Renault Samsung SM7 di pasaran China.

Talisman 2016 ini akan menggunakan platform CMF yang dibangunkan bersama Nissan dan dijangka bersaiz lebih besar berbanding Laguna. Ia juga bakal dilengkapi dengan lampu utama LED, roda stereng empat-jejari, kawalan kelajuan adaptif, sistem pengesan isyarat trafik, teknologi parkir-sendiri semi-auto dan sistem bantuan keselamatan yang lebih banyak.

Ia bakal diproduksi di kilang Georges Besse, Douai, Perancis iaitu tempat yang sama Renault membangunkan model wagon yang telah ditamatkan pengeluarannya. Dalam masa yang sama, Renault mengesahkan kemungkinan besar model ini tidak akan dijual di pasaran United Kingdom dan Ireland.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *