Lotus Elise 220 Cup kini berada di Malaysia – Harga bermula RM316k

By  |  0 Comments

Elise220Cup_Ext_02

Lotus Elise 220 Cup yang pernah dikhabarkan telah pun membuka tempahan sejak April lalu, kini sudah pun berada di Malaysia dan bersedia untuk dihantar kepada pembelinya.

Menduduki tangga lebih tinggi selepas Elise S Club Racer, Sport dan Touring dalam rangkaian LCM, Elise 220 Cup ini dijual pada harga bermula RM316,127 (atas jalan tanpa insurans), dan boleh meningkat hingga RM346,127 jika menambah spesifikasi dengan pilihan Performance Induction Kit dan roda yang lebih ringan bersama tayar Yokohama A048.

Dijanakan oleh enjin 1.8 liter supercharged VVT-i empat-silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 217 hp pada 6,800 rpm dan tork 250 Nm pada 4,600 rpm. Elise 220 Cup mamu dipacu dari 0-100 km/km dalam hanya 4.6 saat menerusi transmisi manual enam-kelajuan.

Dilengkapi dengan ciri-ciri penuh aerodinamik, Elise 220 ini tampil dengan pemisah hadapan baharu, spoiler dan peresap belakang yang lebih besar.

Selain Elise 220 Cup, turut sedang diperagakan di bilik pameran Lotus ialah Exige S Automatik yang dijual pada harga dari RM432, 919 untuk Coupe dan RM435,919 bagi Roadster. Menampilkan enjin 3.5 liter supercharged V6 yang mampu memberikan kuasa sehingga 345 hp pada 7,000 rpm dan tork 400 Nm pada 4,500 rpm bersama padanan transmisi automatik enam-kelajuan. Jentera ini mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 3.9 saat (4.0 saat untuk Roadster).

Bukan itu sahaja, Lotus Evora S Automatik juga sedang dipamerkan. Dengan harga RM503,141 untuk manual dan RM514,141 bagi automatik. jentera ini menggunakan pakej mekanikal yang sama dengan Exige S.

Lotus Elise 220 Cup

Lotus Exige S Automatik

Lotus Evora S Automatik

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *