Suzuki Swift baharu makin giat dipromosikan

By  |  0 Comments

SUZUKI Malaysia Automobile Sdn Bhd (SMA) sedang mempamerkan model Suzuki Swift baharu di pusat membeli-belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya, hujung minggu ini.

Tempahan pra-jualan telah pun dibuka sejak 16 Jun lalu, dan ia menawarkan tiga varian iaitu GA, GL dan GLX.

Varian spesifikasi paling rendah, Swift GA dipadankan dengan bampar rekaan baharu, rim keluli bersaiz 15-inci dan hanya memiliki satu pilihan warna sahaja iaitu Bayside Blue.

Manakala Swift GL pula hadir dengan semua elemen yang pernah ditampilkan pada model GLX yang terdahulu tetapi bahagian bamparnya telah direka baharu dengan kekemasan perak, indikator pada sisi badan dan rim aloi bersaiz 16-inci. Ia juga menampilkan kawalan suhu manual dan audio sebagai standard.

Ia tampil dengan a pilihan warna Supreme Red, Olive Gray, Bayside Blue, Superior White dan warna eksklusif baharu, Lagoon Turquoise.

Bagi spesifikasi paling tinggi, Swift GLX, lebih ranggi dengan bampar yang direka semula, lampu LED yang lebih bergaya berserta lampu kabus, rim aloi bersaiz 16-inci bersama rekaan yang lebih funky dan warna baharu yang diperkenalkan iaitu Lagoon Turquoise, Swift GLX pula ditawarkan pada pilihan warna Lagoon Turquoise, Supreme Red, Olive Gray, Bayside Blue dan Superior White.

Ia turut menampilkan sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, sistem audio dengan skrin sesentuh baharu berserta navigasi, kawalan suhu automatik, roda stereng boleh laras dengan butang kawalan audio dan enam pembesar suara.

Swift_GLX_Int_12

Dijanakan oleh enjin 1.4 liter dengan kuasa maksimum 95PS pada 6,000 rpm dan memiliki jejari pusingan minimum 5.2mm, Swift baharu ini juga dilengkapi dengan dua beg udara, Bantuan Brek, ABS dan EBD.

Harga atas jalan yang ditawarkan (termasuk GST dan tanpa insurans) bagi ketiga-tiga varian ini bermula RM59,000 bagi Swift GA, GL pula RM65,000 dan RM73,000 untuk GLX.

Pemilikan Swift baharu ini juga bakal didatangkan dengan waranti selama lima tahun atau 150,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu).


Suzuki Swift GL


Suzuki Swift GLX

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *