Volkswagen Malaysia sumbang 200 unit kerusi kanak-kanak bagi tujuan latihan CPS

By  |  0 Comments

CPS

Bagi meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan penumpang kanak-kanak, Volkswagen telah bekerjasama dengan Persatuan Pengasuh Kanak-kanak Berdaftar Malaysia (PPBM) menganjurkan kempen mendidik kira-kira 28,000 ibu bapa mengenai pentingnya penggunaan tempat duduk kanak-kanak di dalam kenderaan dengan betul. Kempen ini telah pun dilancarkan sejak Disember tahun lalu.

“Matlamat kami adalah untuk mengubah set minda dan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan penumpang kanak-kanak. Justeru, kolaborasi kami dengan PPBM melibatkan pelancaran modul latihan Keselamatan Penumpang Kanak-kanak (CPS),” kata Pengarah Sumber Manusia Volkswagen Malaysia, Puan Sharifah Salmah Syed Harun.

Menerusi kempen ini, Volkswagen turut menyumbang 200 unit tempat duduk kanak-kanak Volkswagen bagi tujuan pendidikan dan memberikan 10,000 salinan kad yang lengkap mengenai keselamatan jalan raya kepada semua peserta yang terlibat.

Sehingga Ogos 2015, bengkel-bengkel CPS akan dijalankan di 280 pusat penjagaan kanak-kanak di seluruh negara. Ia turut melibatkan bantuan secara amali mengenai penggunaan sistem keselamatan kanak-kanak dan tali pinggang keledar. Sehingga kini, sebanyak 100 tempat duduk keselamatan kanak-kanak telah diedarkan di rangkaian PPBM di beberapa buah negeri untuk membantu dalam latihan tersebut.

Statistik menunjukkan bahawa tempat duduk kanak-kanak mampu mengurangkan risiko kematian bayi sehingga 71% dan 54% untuk kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun. Situasi ini menguatkan hasrat Volkswagen untuk menawarkan ciri-ciri keselamatan di dalam kenderaan keluaran mereka seperti ISOFIX dan banyak lagi.

Malah mulai 1 Januari 2015, semua pengeluar kenderaan di Malaysia perlu menyediakan ciri ISOFIX pada kenderaan baharu mereka.

Cadangan penguatkuasaan penggunaan tempat duduk bayi dan kanak-kanak di dalam kenderaan sememangnya diterima baik oleh kerajaan. Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, ibu bapa mestilah peka mengenai keselamatan anak-anak di dalam kenderaan. Statistik pada tahun 2013 menunjukkan seramai 53 orang kanak-kanak dan bayi terlibat dalam kemalangan dengan 31 daripada mereka maut.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *