Mitsubishi Outlander PHEV 2016 tiba di Jepun Julai ini

By  |  0 Comments

Selepas mencuri tumpuan di New York Auto Show 2015 yang lalu, Mitsubishi secara rasminya telah pun memperkenalkan model facelift Outlander PHEV 2016.

Ia telah menerapkan imej “Dynamic Shield” pada bahagian hadapannya terutamanya dengan padanan gril yang lebih besar yang disambung pada lampu utama yang lebih langsing. Outlander 2016 ini juga menampilkan dapra baharu, bampar belakang yang dimodifikasi, lampu belakang LED dan rim aloi bersaiz 18-inci yang direka semula.

Bagi Outlander ini, ia ditampilkan dengan dua pilihan warna baharu iaitu Quartz Brown Metallic dan Ruby Black Pearl.

Perubahan gaya turut ditampilkan pada bahagian kabin dengan padanan roda stereng baharu, konsol tengah yang lebih besar, sistem hiburan yang diberi penambah baikan serta kekemasan berwajah baharu. Malah tempat duduknya juga telah dipertingkatkan dengan kualiti yang lebih tinggi.

Paling penting, Outlander PHEV 2016 ini turut tampil dengan tahap NVH yang lebih rendah dan telah dipertingkatkan. Pelarasan hibrid juga telah dioptimakan bagi mengurangkan pergeseran enjin dan hasilnya ia telah dipertingkatkan sebanyak 8%, sementara rangkaian elektriknya telah meningkat sebanyak 0.6 km.

Mitsubishi juga telah mengotakan janji mereka untuk mempertingkatkan lagi respons pendikit dan menambah kit keselamatan termasuk menampilkan Multi-around View Monitor dan sistem Unintentional Move Off Control yang boleh mengurangkan impak kerosakan dengan mengawal kelajuan apabila pemandu terlebih menekan pendikit dan kenderaan bergerak menghala ke kenderaan lain atau sebarang objek.

Mitsubishi akan memperkenalkan model Outlander PHEV ini di Jepun pada 9 Julai ini dan kemudian memasarkannya ke negara lain pada penghujung tahun ini.

Outlander PHEV ini ditampilkan dengan empat varian iaitu M, G Safety, G Navi dan G Premium. Ia bakal ditawarkan pada harga dari ¥3,596,400 (RM108,631) hingga ¥4,590,000 (RM138,644).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq