Suzuki Jimny Street diperkenalkan – Terhad 100 unit & hanya di Itali sahaja

By  |  0 Comments

Suzuki-Jimny-Street-6

Nampak aneh tapi sebenarnya cukup menarik. Model generasi ketiga Suzuki Jimny ini telah dihadirkan dengan varian yang lebih bersemangat, Suzuki Jimny Street. Ia diproduksi dengan kuantiti yang cukup terhad iaitu hanya 100 unit sahaja dan eksklusif untuk pasaran Itali sahaja.

Kekemasan di bahagian luaran ditampilkan dengan warna putih mutiara dan kelabu serta sedikit simbahan jingga pada bahagian hud, lampu kabus, cermin sisi, rel bumbung serta dipadankan dengan rim aloi berwarna kelabu gelap.

Pada bahagian belakangnya, penutup tayar simpanan eksklusif dengan grafik Jimny Street dan karakter Jepun, Kyo, yang bermaksud “Kyoto” iaitu bekas ibu kota Jepun.

Suzuki-Jimny-Street-10

Pada bahagian dalamnya pula, kekemasan jingga terang turut menjadi pilihan terutamanya pada bahagian konsol tengah dan corong penghawa dingin.

Jimny Street ini turut ditampilkan dengan elemen standard termasuklah Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), sistem pemantuan tekanan tayar (TPMS), tempat duduk balutan kulit “eco” dan sistem infotaimen dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh-inci termasuk navigasi.

Sudut mekanikalnya tiada perubahan iaitu masih dijanakan oleh enjin petrol 1.3 liter empat-silinder yang mampu menyalurkan kuasa sehingga 84 hp. Ia dipadankan dengan transmisi manual lima-kelajuan dan sistem pacuan empat-roda.

Suzuki Jimny Street ini bakal dipasarkan pada Julai ini pada harga €19,900 (RM84,382).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv games dominoqq viralqq serverpkv pkvgames qiuqiu pkv pkv games bandarqq dominoqq pkvgames slotgacor parlay pokerqq parlay
judi bola parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv games qq pkv dominoqq viralqq serverpkv parlay