Nissan Juke-R NISMO 2015 bakal dipertontonkan untuk tatapan dunia pada 25 Jun ini

By  |  0 Comments

Nissan-JUKE-R-NISMO

Nissan telah mengumumkan perancangan untuk menayangkan Juke-R NISMO 2015 di Goodwood Festival of Speed pada 25 Jun ini. Setelah menyebarkan foto teaser Juke-R dengan kostum NISMO, penampilan perdana ini dianggap sebagai masa yang tepat untuk Nissan terus menggegarkan pasaran dunia dengan kelahiran model crossover prestasi tinggi ini.

Buat setakat ini, masih tiada lagi perincian yang didedahkan. Namun difahamkan, jentera ini didatangkan dengan enjin 3.8 liter V6 turbo-berkembar, sama seperti GT-R.

Model edisi terhad Juke-R yang terdahulu mampu menghasilkan kuasa sehingga 485 hp, namun dengan kejuruteraan NISMO, kemungkinan kuasa yang mampu dihamburkan oleh Juke-R NISMO 2015 lebih tinggi. Kemungkinan besar ia mampu mencapai sehingga 592 hp dengan tork 652 Nm, seperti model GT-R NISMO. Juke-R NISMO 2015 ini dikatakan mampu dipacu dari 0-100km/j dengan hanya 3.7 saat dan kelajuan maksimum 275 km/j.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *