Ops Warta – Hanya 4% waran tangkap telah menjelaskan saman

By  |  0 Comments

polis-saman-630

Daripada 1.59 juta waran tangkap yang telah dikeluarkan kepada pesalah trafik, hanya empat peratus atau 58,177 saman sahaja yang telah dijelaskan sejak Ops Warta dilancarkan pada 19 Mei lalu, laporan Bernama.

Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff, sementara 550,487 pelbagai saman turut dijelaskan oleh pesalah trafik.

Manakala sebanyak 2,691 pesalah trafik yang telah dikeluarkan waran tangkap telah ditahan polis trafik, dan daripada jumlah itu sebanyak 925 orang telah pun didakwa di mahkamah.

Mohd Fuad berkata baki sebanyak 1,766 orang telah diberi jaminan polis, namun akan tetap dituduh di mahkamah.

“Sejumlah 13,191 individu telah menyerah diri di balai polis berhampiran dan dikenakan denda maksima RM300 bagi setiap waran tangkap yang dimiliki,” katanya.

PDRM_2

Mohd Fuad berkata penguatkuasaan Op Warta itu telah menunjukkan peningkatan positif yang mana orang ramai mula membuat semakan dan bayaran saman trafik yang dimiliki.

Katanya, pihaknya terus memperhebat lagi usaha bagi mencari, mengesan dan menangkap mereka yang telah dikeluarkan waran tangkap dan masih enggan menyelesaikan saman trafik masing-masing.

Justeru, katanya mereka yang telah dikeluarkan waran tangkap perlu tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi menyelesaikan isu saman mereka sebelum dihadap ke mahkamah.

Ops Warta kini sedang mengesan pesalah trafik yang mempunyai status waran tangkap yang belum diselesaikan melalui operasi sekatan jalan raya, termasuk pergi ke premis mereka bekerja.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *