Harga bahan api RON95, RON97 & diesel naik 10 sen seliter bagi Jun 2015

By  |  0 Comments

RON95

Berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam 1 Jun 2015, harga runcit petrol dan diesel bagi bulan JUN 2015 naik 10 sen bagi setiap satunya.

Harga baharu bagi RON95 dan diesel ialah setiap satunya RM2.05 seliter, manakala RON97 pula ialah RM2.35 seliter termasuk GST 6%.

Perkara ini diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Facebook rasminya sebentar tadi.

Pada bulan Mac, April dan Mei lalu, harga bahan api ini tiada perubahan harga iaitu RON95 dan diesel RM1.95 seliter, manakala RON97 pula RM2.25 seliter. Walau bagaimana pun, mulai April lalu, RON97 telah dikenakan GST sebanyak 6 peratus.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *