Diskaun menarik BMW & MINI sempena CNY 2014

By  |  0 Comments

BMW CNY 2014

Sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang akan menjelang tiba hujung minggu hadapan, BMW Group Malaysia
telah memperkenalkan pelan kewangan istimewa untuk model BMW dan MINI yang terpilih.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr.Gerhard Pils, tawaran istimewa ini adalah tanda penghargaan buat pelanggan sempena dengan Tahun Baru Cina ini. Bukan itu sahaja, ia juga didorong oleh kejayaan BMW Group Malaysia mencatat jualan sebanyak 7,000 unit pada tahun lalu amat membanggakan walau pun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran di dalam sektor automotif.

Para pelanggan berpeluang menikmati beberapa faedah istimewa termasuklah Step-Up Financing dan 0% Straight Line Financing untuk BMW Credit iaitu rebat tunai dari RM7,000 sehingga RM118,000.

Menerusi program Step-Up Financing ini, BMW menawarkan skim bayaran bulanan serendah RM1,388 hingga RM1,588 sebulan untuk model BMW 1 Siri, BMW 3 Siri (RM1,688 hingga RM2,188) dan BMW X1 (RM1,988 hingga RM2,288).

Manakala bagi skim 0% BMW Straight Line pula, ia adalah untuk BMW 328i dan BMW 328i M Sport bagi tiga tahun. Manakala varian BMW 5 Siri pula (BMW 520d, BMW 5201 dan BMW 528i M Sport) adalah untuk tiga tahun.

Tawaran untuk model BMW ini akan bakal berakir pada 31 Januari 2014.

163450_Mini TACTICAL EDGE 6-1.ai

Dalam masa yang sama, MINI Malaysia juga tidak mahu ketinggalan dalam menawarkan program kewangan yang menarik, di mana para pelanggan oleh membawa pulang model MINI tanpa bayaran ansuran untuk enam bulan pertama selepas pembelian. Tawaran ini adalah untuk model 2013 MINI Cooper, MINI Cooper S, MINI Cooper Countryman, MINI Cooper S Countryman dan MINI Cooper S Paceman.

Sebagai alternatif, para pelanggan juga boleh mendapatkan pilihan untuk program BMW Easy Ownership untuk model MINI terpilih. Di mana pelan kewangannya akan mengikut bajet para pelanggan untuk bayaran bulanan anusran serendah RM1,788 hingga RM2,688 untuk model baharu MINI sahaja. Kempen ini akan berakhir pada 28 Januari 2014 dan bilik pameran MINI yang terlibat ialah Auto Bavaria, FM Autohaus, Ingress Auto, Millennium Welt, Tian Siang, serta Wearnes Autohaus.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *