Tuntutan insurans kemalangan jalan raya tercatat sebanyak RM4.10 bilion-PIAM

By  |  0 Comments

Photo 2

Tahun lalu tercatat sebanyak RM4.10 bilion bagi tuntutan kemalangan jalan raya telah dibuat pada sembilan bulan pertama, berbanding RM3.68 bilion untuk tempoh yang sama pada tahun 2012. Ia mengikut laporan yang didedahkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)..

Menurut Pengerusi PIAM, Chua Seck Guan, “Kemalangan jalan raya sering mengakibatkan kerugian daripada segi wang ringgit dan kesengsaraan yang dihadapi oleh mangsa serta keluarga mereka. Agak mustahil untuk menganggarkan kerugian sebenar yang dialami.”

Chua juga menambah, insurans am dan industri takaful turut berkongsi mengenai perkara ini dengan pihak kerajaan dan semua pengguna jalan raya berkenaan dengan impak akibal kemalangan ini.

Kurang 10 hari sebelum sambutan Tahun Baru Cina, PIAM dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) berganding bahu mengingatkan pengguna tentang tahap keselamatan yang perlu dititikberatkan termasuklah mengikut undang-undang jalan raya.

Statistik menunjukkan kadar kemalangan jalan raya meningkat menjelang sambutan perayaan seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina. Maka, sebagai langkah pencegahan awal, pengguna jalan raya sering kali diingatkan agar mematuhi peraturan, mengamalkan pemanduan yang selamat serta sentiasa berwaspada tida kira apa jua keadaan.

Malah PIAM dan MTA percaya setiap pengguna memainkan peranan yang penting di dalam mengurangkan risiko kemalangan dengan mengambil sikap pro-aktif di dalam mengurangkan bahaya yang mungkin dialami ketika menggunakan jalan raya.

“Tetapi seandainya anda terlibat di dalam kemalangan, insdustri insurans bersedia menghulurkan bantuan. Dengan kerjasama antara MTA dan PIAM, kami telah mewujudkan talian bebas tol kemalangan jalan raya untuk menghulurkan bantuan jika berlakunya kecemasan,” ujar Chua lagi.

Talian bebas tol 1300-22-11-88 beroperasi 24 jam menawarkan perkhidmatan trak tunda dan keperluan lain yang diperlukan untuk membuat tuntutan insurans.

Selain daripada mempromosikan kesedaran menerusi talian bebas tol ini juga, PIAM dan MTA turut mengedarkan risalah berhubung dengan keselamatan jalan raya dan tip jika berlakunya kecemasan dek kemalangan jalan raya kepada para pengguna jalan raya di tol Sg.Besi.

Photo 1

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *