Galeri : Volkswagen Polo 1.6 sedan facelift mula berada di bilik pameran

By  |  0 Comments

VW-Polo-sedan-facelift-IK 003

Pada 5 Mei lalu, Volkswagen Polo 1.6 hatchback model pemasangan tempatan (CKD) versi facelift telah pun memasuki bilik pameran. Kali ini giliran model sedan pula untuk bergandingan di tempat yang sama.

Risikan yang dilakukan oleh Gregory Sze dari Paultan.org yang berkunjung ke bilik pameran Volkswagen Glenmarie mendapati kakitangan di sana turut mengesahkan model ini telah pun mula dihantar kepada pelanggan yang menempahnya.

Jika model Polo 1.6 hatchback menerima sedikit perubahan pada bahagian hadapan dan belakang, bagi sedan ini, sedikit perubahan dapat dilihat pada perincian luaran. Ini termasuklah pada lampu utama halogen yang memberikan sedikit kelainan bagi model facelift ini. Ia turut mengekalkan rim aloi ‘Riverside’ bersaiz 15-inci yang dibaluti tayar Goodyear 185/60 seperti sebelum ini.

Namun tiada perubahan yang dilakukan bagi sudut mekanikalnya, masih mengekalkan enjin 1.6 liter MPI empat-silinder yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 105 PS pada 5,250 rpm dan tork setinggi 153 Nm pada 3,800 rpm.

Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan. Gabungan enjin dan transmisi ini membolehkan Polo sedan ini dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 12.3 saat dan mampu mencatat kelajuan maksimum sehingga 183 km/j.

Bagi ruang kabinnya, perubahan yang agak terhad dilakukan iaitu roda stereng inspirasi model Golf MK7 turut dipadankan. Malah terdapat butang kawalan telefon pada roda stereng tersebut, Ternyata ia sama dengan perubahan yang dilakukan pada model hatchback.

VW-Polo-sedan-facelift-IK 017

Bagi aspek keselamatan, model Polo sedan facelift turut dilengkapi dengan empat beg udara, ABS bersama bantuan brek (BA), tiga-poin tali pinggang keselamatan untuk penumpang belakang, Intelligent Crash Response System dan cagak Isofix.

Harganya juga tidak ada perubahan, iaitu masih kekal pada RM92,646 (termasuk GST dan tanpa insurans). Ia turut didatangkan dengan waranti selama lima tahun/tanpa perbatuan terhad.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *