Perodua Tweckbot tawar 50 mata ganjaran percuma untuk pemeriksaan kenderaan sempena CNY

By  |  0 Comments

tweckbot 1

Perodua Tweckbot kini kembali bagi tahun yang ke-empat untuk memberikan 50 mata ganjaran percuma dalam pemeriksaan keselamatan kenderaan pelanggan mereka sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina.

Empat pasukan Perodua Tweckbot akan bergerak ke mana-mana destinasi terpilih (hanya di sekitar Semenanjung Malaysia sahaja) bagi membantu para pelanggan memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang selamat untuk dipandu terutamanya yang membabitkan perjalanan yang jauh.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, “Kami akan memaklumkan kepada para pelanggan di mana lokasi pasukan Tweckbot bakal berada melalui media sosial seperti Twitter, Facebook, laman sesawang Perodua dan juga kempen melalui pengiklanan. Pemberitahuan ini bertujuan untuk menyarankan agar para pelanggan mengambil kesempatan di atas tawaran ini.”

Bermula pada hujung minggu ini, Perodua Tweckbot akan memulakan servis percuma pemeriksaan kenderaan di beberapa pusat membeli-belah terpilih. Antaranya di Cheras, Kepong, Ipoh, Skudai, Sungai Petani, Seberang Perai dan Taiping.

Pemeriksaan ini termasuklah untuk bahagian enjin, sistem penyejuk, sistem brek (termasuk cecair brek dan pad brek), sistem stereng berkuasa, sistem klac, tayar, sistem suspensi, sistem elektrikal (termasuk bateri, lampu dan bilah pengelap cermin).

Selepas melakukan pemeriksaan tersebut, pelanggan yang menghantar kenderaan mereka ke pusat servis Perodua juga berpeluang menikmati diskaun sebanyak 20% untuk alat ganti dan aksesori.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *