Volkswagen Polo hatchback CKD secara rasminya berharga RM87,888

By  |  0 Comments

IMG_8274

Selepas dua hari Infokereta melaporkan tentang Volkswagen Polo hatchback CKD yang bakal menghampiri detik pelancarannya,hari ini pihak Volkswagen Group Malaysia (VGM) telah pun membuat kenyataan rasmi mengenainya.

Secara rasminya, Polo 1.6 baharu ini telah pun dilancarkan dan sudah bersedia menerima tempahan. Model ketiga Volkswagen yang hadir dengan unit pemasangan tempatan (CKD),menawarkan pemanduan dinamik, reka bentuknya yang lebih mantap dan pengendalian hebat.

Ditawarkan pada harga RM87,888, Polo 1.6 ini terdapat dalam lima pilihan warna iaitu Candy White, Flash Red, Pepper Grey, Reflex Silver dan Deep Black. Untuk 500 pembeli pertama, VGM menawarkan harga promosi sempena perasmiannya iaitu RM85,888. Maklumat lanjut, sila layari www.volkswagen.com.my.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *