Fasa kedua AES bakal diimplementasi di 262 lokasi menjelang hujung tahun ini

By  |  0 Comments

AES_Camera

Fasa kedua Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan mula diimplementasikan di 262 lokasi seluruh negara menjelang hujung tahun ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lain-lain agensi di bawah Kementerian Pengangkutan sedang melakukan persiapan untuk memperluaskan lagi AES ini dengan mensasaran penekanan di persimpangan isyarat bagi fasa kedua ini, laporan yang dipetik dari theSun,

Sumber tersebut juga menyebut, tumpuan kini beralih kepada langkah keselamatan di persimpangan lampu isyarat sejak rekod telah menunjukkan bahawa perlanggaran dan kematian telah meningkat disebabkan oleh penunggang dan pemandu melanggar lampu merah.

Berdasarkan pada statistik 2013, sebanyak 205 kemalangan dilaporkan di persimpangan lampu isyarat dan kawasan pejalan kaki melintas dengan 76 daripadanya melibatkan kematian dan 129 kes kecederaan.

Malah pada 5 Mei yang lalu, akhbar berkenaan turut melaporkan kamera trafik AES yang ditempatkan di empat lokasi di Kuala Lumpur dan Perak telah mencatatkan kejayaan dengan pengurangan kes melanggar lampu isyarat merah oleh pengguna jalan raya. Ia adalah berdasarkan kajian terkini yang dilakukan oleh Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Ia menunjukkan penurunan pelanggaran lampu isyarat merah ini sebanyak 1.23% selepas setahun ia diimplementasi dan 2.2% pada enam bulan selepas sistem pemantauan lampu isyarat merah dipasang. Sebelum AES diimplementasi, sebanyak 4.29% kes tidak mematuhi lampu isyarat merah direkodkan.

Bagi fasa kedua ini, ia mensasarkan 38 lokasi di Selangor, diikuti 32 persimpangan di Johor, Kedah (26 lokasi), Perak (22), Terengganu (20), Negeri Sembilan dan Pulang Pinang (masing-masing 18 lokasi), Kelantan (16) dan 72 lokasi di Kuala Lumpur, Labuan, Perlis, Sabah, Sarawak, Pahang, Melaka serta Putrajaya.

Perbincangan mengenai fasa kedua ini telah pun bermula sejak bulan lalu antara agensi di bawah Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Dalam Negeri serta pembekal sistem AES baharu iaitu Irat Properties Sdn Bhd, dengan kerjasama Armed Forces Fund Board (LTAT) dan Boustead Holdings Berhad.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.