Rakyat Malaysia kurang menggunakan tali pinggang tempat duduk belakang – Liow Tiong Lai

By  |  0 Comments

Rear_Seat_belt-003-850x566

Ramai rakyat Malaysia tidak menggunakan tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang, menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Memetik laporan yang disiarkan oleh TheStar, kenyataan Liow ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang menunjukan hanya 7% hingga 9% sahaja penumpang di tempat duduk belakang yang menggunakan tali pinggang keselamatan.

Menurut Liow lagi, perkara ini adalah antara penyumbang tertinggi kematian akibat kemalangan jalan raya, iaitu 6,674 nyawa terkorban pada tahun lepas.

“Kadar kemalangan jalan raya kita memang tinggi, dan kita telah pun memperkenalkan pelbagai langkah, termasuk keperluan tali pinggang tempat duduk belakang. Malangnya, pematuhan kepada undang-undang itu masih rendah,” ujar Liow.

Katanya, kerajaan perlu sentiasa mengingatkan pengguna jalan raya mengenai keperluan untuk tali pinggang ini dan kesedaran mengenai pentingnya keselamatan ini mesti dipupuk di kalangan pengguna jalan raya di Malaysia apabila mereka masuk ke dalam kereta mereka.

Sambungnya lagi, “Kita tidak mahu sekadar mengambil tindakan, sebaliknya perlu memperkukuhkan lagi program kesedaran ini. Undang-undang telah sedia ada dan kita cuma perlu sentiasa memberikan pengingatan kepada orang ramai.”

Beliau turut menambah, undang-undang pemakaian tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang telah diwajibkan sejak setahun yang lalu.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *