Ops Warta – 4,616 pesalah trafik serah diri & 1,009 individu lagi ditangkap

By  |  0 Comments

PDRM_2

Sejak Ops Warta bermula pada Selasa lalu, sehingga semalam, seramai 4,616 pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap menyerah diri, laporan Bernama.

Menurut laporan Cawangan Trafik Bukit Aman, daripada jumlah itu, Selangor merekodkan jumlah tertinggi dengan 1,185 orang diikuti 883 orang di Johor.

Bagi tempoh yang sama, seramai 1,009 lagi pesalah ditangkap kerana gagal menyelesaikan waran tangkap mereka dan daripada jumlah itu, seramai 288 orang akan didakwa manakala 721 lagi diikat jamin.

Ops Warta dilancar bagi mengesan pesalah trafik yang memiliki waran tangkap.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia memaklumkan bahawa mereka akan bertegas dalam melaksanakan operasi mengesan individu yang belum menyelesaikan waran tangkap dan saman trafik.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *