Perodua memperkenalkan kit badan GearUp untuk Myvi

By  |  0 Comments

Pada 16 April lalu, Perodua telah melancarkan melancarkan jenama aksesori yang diberi nama ‘GearUp’ untuk barisan modelnya bagi memberikan personaliti yang lebih tersendiri mengikut gaya hidup dan kemahuan para pelanggan.

Namun ia pakej aksesori buat model Axia terlebih dahulu iaitu dengan menawarkan tiga pilihan iaitu Pakej Combo untuk Axia standard, Pakej Standard dan Pakej Combo untuk Axia SE.

Walau bagaimana pun, sempena dengan ulang tahun ke-10 Myvi yang disambut pada 23 & 24 Mei lalu, Perodua turut melancarkan aksesori untuk model ini. Ia ditawarkan dengan dua pakej berbeza iaitu Kit Badan Elegan GearUp untuk Myvi Standard dan Kit Badan Sporty GearUp bagi Myvi SE & Advance.

Pada bahagian luarannya, setiap pakej menerima kit bampar hadapan, skirt sisi dan kid bampar belakang. Bagi Myvi Standard, ia akan menerima penambahan hiasan gril hadapan . Walau bagaimana pun, tiada rim aloi mahu pun wing belakang ditawarkan.

Kit Badan Elegan GearUp untuk Myvi Standard dijual pada harga RM2,485.70. Manakala bagi Kit Badan Elegan GearUp untuk Myvi Standard dan Kit Badan Sporty GearUp bagi Myvi SE & Advance pula berharga RM2,045.80.

Bagi bahagian dalamnya pula, Myvi Standard dihiasi dengan sarung kusyen kulit buatan dengan rekaan jalinan serta kekemasan pintu bersama jahitan kontras berwarna jingga. Manakala bagi Myvi pula, ia ditampilkan dengan sarung kusten kulit buatan dengan “jaluran merah” dan kekemasan pintu jahitan merah. Ia ditawarkan pada harga RM1,121.50.

Seperti yang pernah diumumkan sebelum ini, aksesori bagi luaran dan dalaman boleh digabungkan dalam satu pakej combo, di mana setiap satunya juga akan diberi diskaun sebanyak 10%. Bagi Myvi Standard, pakej yang ditawarkan ialah RM3,262.70 dan Myvi SE pula RM2,867.30.

Selain itu, Perodua turut menawarkan penebat bunyi untuk bonet (berharga RM72.10), dan pintu (RM504.35), pek pencahayaan bagi lantai dan ruang penyimpanan barangan (RM256.50) dan brackets pintu anti-curi (RM175.75). Pelindung pintu (RM178.95), net bagi barangan (RM54.05) dan palam pencucuh Iridium (RM186.55) juga boleh dibeli menerusi mana-mana bilik pameran atau wakil penjual Perodua.

Katalog aksesori Perodua GearUp

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *