BMW Group Malaysia memperkenalkan pusat 4S baharu di Batu Pahat

By  |  0 Comments

BMW 05

BMW Group Malaysia telah pun memperkenalkan Millennium Welt Batu Pahat sebagai pengedar terbaharu jenama ini di Malaysia. Terletak di Batu Pahat, Johor, pengedar baharu BMW ini menyediakan perkhidmatan 4S (jualan, servis, sistem dan alat ganti) untuk para pelanggan yang menetap di sekitarnya.

Menurut CEO & Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Alan Harris, “Jalinan usahasama dengan rakan baharu, Millennium Welt Batu Pahat, dilihat mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik buat pelanggan di Batu Pahat dan kawasan sekitarnya.”

BMW 02

Dibina di atas kawasan seluas 13,000 kaki persegi, Millenium Welt Batu Pahat BMW 4S ini turut menawarkan perkhidmatan jualan dan selepas jualan sepenuhnya bagi kenderaan BMW. Malah ia juga bertindak sebagai pusat servis bertauliah bagi model MINI di sekitar Batu Pahat.

Pusat 4S ini berada di No. 1702, Jalan Zabedah, Batu Pahat dan mampu mempamerkan tujuh buah kenderaan dalam satu masa, dua petak penyelenggaraan, pusat pemeriksaan, ruang menunggu bagi pelanggan, Issetta Bar dan bilik diskusi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *