Volkswagen lancar kempen ‘Sifar %’ -Untuk model terpilih sehingga Jun ini

By  |  0 Comments

Volkswagen Goes Zero

Volkswagen Malaysia kini melancarkan kempen pembiayaan sifar faedah untuk rangkaian model terpilih termasuk Jetta, Golf 1.4, Passat dan Tiguan 1.4 mulai sekarang hingga Jun depan.

Tawaran menarik sifar faedah ini boleh didapati dalam dua skim pembiayaan iaitu bayaran bulanan selama lima atau tujuh tahun. Skim ini boleh disifatkan sebagai fleksibel dan mengikut kapasiti kewangan seseorang.

Kempen ini juga selari dengan aspirasi Volkswagen iaitu untuk membolehkan kenderaan berkejuruteraan Jerman dapat diakses oleh lebih ramai pengguna.

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata, ‘Kempen ‘Sifar %’ merupakan satu tawaran hebat kepada rakyat Malaysia untuk memiliki sebuah kereta Volkswagen. Sesiapa sahaja boleh mengambil kesempatan atas tawaran ini kerana kami mempunyai rangkaian penuh kenderaan yang boleh menepati apa jua gaya pemanduan, keperluan atau kecenderungan anda.”

Volkswagen_Goes_Zero

Jetta menggunakan enjin 1.4 liter TSI pengecas turbo sebagai nadi utamanya. Ia mampu mengekspresikan kuasa maksimum sehingga 160 PS pada 5,800 rpm dan tork 240 Nm pada 1,500 hingga 4,500 rpm.

Manakala Passat pula, menampilkan enjin pancitan petrol empat silinder dengan pengecas turbo TSI 1.8 liter berkuasa 160PS dan tork maksimum 250Nm pada 1,500rpm hingga 4,200rpm, boleh dikatakan prestasinya masih mampu memberikan kepuasan yang didambakan.

TIGUAN73

Tiguan pula memiliki enjin berkapasiti 1.4 liter TSI empat-silinder suntikan terus bahan api, namun Tiguan masih gagah dipacu. Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 160 PS dan tork 240 Nm. Mencukupi bagi SUV bersaiz ini. Dan ia juga mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 198 km/j dan catatan pacuan daripada titik sifar sehingga 100km/j hanya 8.9 saat.

Golf 1.4 pula dipadankan dengan enjin 1.4 TSI dengan kuasa sehingga 140 PS dan digabungkan bersama kotak gear DSG klac-berkembar.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila berkunjung ke mana-mana bilik pameran Volkswagen berhampiran atau layari laman web: www.volkswagen.com.my.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *