Foto Volkswagen Jetta CKD didedahkan

By  |  0 Comments

2014-vw-jetta-ckd-0008

Baru-baru ini, DRB-Hicom telah mengesahkan bahawa Volkswagen Jetta bakal mempunyai model pemasangan tempatan (CKD) apabila ia diproduksi di kilang pemasangannya di Pekan, Pahang, tidak lama lagi. Pembikinan Jetta CKD ini menambahkan unit model kenderaan Volkswagen yang dipasang di negara ini selepas Passat dan Polo Sedan.

Melalui kiriman foto oleh saudara Anol Alias yang dirakam di JPJ, Putrajaya, ini merupakan model CKD dan kelihatan tidak mengalami perubahan kosmetik bagi rekaan luarannya. Sama seperti model CBU sedia ada. Masih menggunakan rim aloi ‘Navarra’ bersaiz 16 inci, sama seperti model sebelumnya. Tetapi unit CKD ini tidak dipadankan dengan lampu utama Xenon dan lampu pencahayaan siang LED.

2014-vw-jetta-ckd-0010

Manakala bagi bahagian kabinnya, kelihatan model CKD ini menerima head unit yang baharu iaitu RCD 320 menggantikan sistem multimedia RCD 310. Selain daripada itu, ia juga tampil dengan tiga butang kawalan penghawa dingin berbanding hanya dua bagi model CBU.

2014-vw-jetta-ckd-0006

Malah sedan daripada segmen-C yang diproduksi berdasarkan platform Golf MK6 ini juga mungkin tidak mempunyai perubahan daripada segi mekanikal seperti mana model CBU sedia ada. Iaitu masih menggunakan enjin yang sama iaitu 1.4 liter TSI yang mampu menghamburkan kuasa maksimum 160 PS pada 5,800rpm dan puncak tork 240Nm pada 1,500 hingga 4,500rpm. Ia turut dipadankan dengan kotak gear DSG tujuh kelajuan.

Jika Jetta unit CBU berharga RM151,888 (tanpa insurans), kemungkinan besar harga bagi model CKD ini sedikit rendah. Agak-agak berapakah harga bagi model CKD ini ya?

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *