MAA membentangkan respons keseluruhan bagi prestasi 2013

By  |  0 Comments

VERSUS

Hari ini Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengumumkan pencapaian prestasi produksi dan penjualan kenderaan baharu di Malaysia bagi tahun 2013. Malah MAA turut membentangkan unjuran Jumlah Jualan Keseluruhan Industri (TIV) bagi tahun 2014. Ia diumumkan oleh Presiden MMA sendiri iaitu Datuk Aishah Ahmad.

Menurut Datuk Aishah, 2013 merupakan tahun yang boleh dikatakan cemerlang bagi industri automotif Malaysia. Di mana TIV telah mencapai sasaran unjuran sebanyak 600,000 unit. Ia merupakan tahun keempat berturut-turut TIV berjaya mencatat 600,000 unit. Pertama kali TIV berjaya mencatat 600,000 unit adalah pada tahun 2010.

Ia merupakan prestasi yang terbaik oleh industri automotif yang mampu memberikan sumbangan bagi meningkatkan ekonomi negara dan kestabilan pekerjaan. Malah industri ini turut mendapat sokongan positif daripada pihak kerajaan sendiri.

Seperti mana tahun-tahun sebelum ini, industri automotif juga tidak lekang daripada pelbagai isu dan cabaran pada tahun 2013. Antaranya impak ekoran Pilihan Raya ke-13 (PRU13), Bajet 2014 dan implementasi sistem baharu di bawah Kementerian Pengangkutan Jalan termasuklah MYSIKAP.

Walau pun dihujani pelbagai isu dan cabaran, industri automotif tempatan tidak mendiamkan diri dan berusaha untuk menunjukkan prestasi yang terbaik.

TIV TREND

Bercerita mengenai TIV, penjualan kenderaan baharu pada tahun 2013 meningkat sebanyak 4.5% iaitu mencecah 655,793 unit berbanding 627,753 unit pada 2012. Ini merupakan rekod tertinggi yang pernah dicapai oleh industri automotif tempatan. Malah ia juga melebihi ramalan TIV yang dilakukan oleh MAA iaitu 640,000 unit.

Berbanding tahun 2012, pendaftaran bagi kenderaan baharu bagi 2013 telah meningkat kepada 28,036 unit iaitu sebanyak 4.5%.

Jumlah keseluruhan untuk pendaftaran kenderaan penumpang pada tahun 2013 meningkat ke 576,657 unit berbanding 552,189 unit pada 2012. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 24,468 unit atau 4.4%. Sementara itu, pendaftaran bagi kenderaan komersil untuk tahun 2013 dicatatkan berjumlah 79,136 unit iaitu mempunyai peningkatan sebanyak 3,572 unit atau 4.7%.

quaterly

Berdasarkan suku tahunan, TIV pada suku pertama 2013 memberikan sumbangan yang lebih besar berbanding masa yang sama pada 2012. Walau bagaimana pun, pada suku tahun kedua 2013 menurun tetapi melonjak pada suku ketiga dengan peningkatan sebanyak 11%. Sementara itu, pada suku keempat TIV pada 2013, jumlahnya sedikit rendah berbanding tahun yang sama pada 2012 dengan perbezaan 1,463 unit.

Selain daripada itu, lonjakan TIV pada suku ketiga 2013 sebanyak 12% melebihi suku kedua tahun yang sama, pengenalan pada beberapa model baharu dengan penambahan spesifikasi, gaya rekaan dan harga yang kompetitif, tawaran dan skim yang inovatif serta menarik untuk pembeli kenderaan baharu. Malah kempen jualan yang sangat agresif yang dilakukan oleh syarikat pengeluar kenderaan juga mempengaruhi TIV 2013.

Berhubung dengan produksi kenderaan pada tahun 2013, sebanyak 601,407 unit telah dihasilkan berbanding 569,620 unit pada 2012. Ia merangkumi 543,892 unit bagi kenderaan penumpang dan 57,515 unit untuk kenderaan komersil.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq