Honda HR-V sudah mencecah 13,073 unit tempahan

By  |  0 Comments

Honda-HRV-IK

Sejak dilancarkan pada 5 Februari lalu, Honda HR-V telah menerima sejumlah 13,073 unit tempahan. Daripada jumlah tersebut, hingga kini sebanyak 3,620 unit telah didaftarkan dan mula menjalari jalan raya di Malaysia.

Sewaktu ditemui dalam sesi pandu uji HR-V yang sedang berlangsung di Langkawi, Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, jumlah tersebut adalah melebihi jangkaan awal pihaknya iaitu sebanyak 45%.

“Disebabkan permintaan yang sungguh memberangsangkan ini membuatkan penghantaran unit yang ditempah kepada para pelanggan mengambil masa yang agak lama iaitu antara lima hingga enam bulan, buat masa ini. Namun pihak kami sedang berusaha untuk memaksimumkan pengeluaran HR-V dalam usaha memendekkan tempoh menunggu,” ujar Ueno.

Selepas Ogos ini, Honda Malaysia mensasarkan tempoh menunggu hanya antara tiga hingga empat bulan. Dan mensasarkan akan memendekkan lagi tempoh menunggunya antara satu hingga satu setengah bulan pada hujung tahun ini.

Menurut Honda Malaysia lagi, varian yang paling mendapat permintaan tinggi ialah model spesifikasi tinggi, Gred V.

Honda HR-V dikuasakan oleh enjin 1.8L i-VTEC SOHC yang mampu menyalurkan kuasa sehingga 142 PS pada 6,500 rpm dan tork setinggi 172 Nm pada 4,300 rpm. Ia juga bergabung tenaga dengan Transmisi Boleh Laras Berterusan (CVT) yang dibangunkan di bawah teknologi unggul ciptaan Honda, Earth Dreams.

Harga atas jalan berserta insurans yang ditawarkan pula ialah RM98,690.40 bagi Gred S, RM108,027.10 untuk Gred E dan Gred V pula RM118,229.10. Setiap pembeliannya turut didatangkan dengan waranti selama lima tahun tanpa perbatuan terhad dan selang servis percuma jarak perbatuan 10,000 km di 78 pusat servis Honda di seluruh Malaysia.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *