Perodua lancar aksesori jenama GearUp – Harga antara RM260 – RM3,600

By  |  2 Comments

Perodua-GearUp-IK 001

Perodua telah melancarkan jenama aksesori yang diberi nama ‘GearUp’ untuk barisan modelnya bagi memberikan personaliti yang lebih tersendiri mengikut gaya hidup dan kemahuan para pelanggan.

Aksesori ini menawarkan penambahan kosmetik bagi luaran dan dalaman (termasuk pakej aksesori) dengan harga antara RM260 hingga RM3,600.

“Aksesori ini adalah bagi memenuhi permintaan para pelanggan yang inginkan kenderaan Perodua milik mereka lebih unik. Mereka inginkan aksesori yang asli, berkualiti tinggi dan pastinya dengan harga yang berpatutan,” ujar Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Nama GearUp dipilih berikutan tindakan para pelanggan yang ingin menambah baik lagi model Perodua mereka mengikut cita rasa masing-masing. Sebagai peringkat permulaan, aksesori ini diperkenalkan buat model Axia pada bulan April, dan diikuti oleh Myvi pada Mei ini. Manakala bagi model lain akan menyusul pada masa yang akan datang.

Menurut Aminar, rekaan bagi aksesori ini mungkin ada perubahan pada masa yang akan datang dan mengikut cita rasa semasa.

Sambungnya lagi, “Pelanggan boleh menempah aksesori pilihan ini dan harganya termasuk dalam pakej jual-beli. Di mana kos yang dikenakan hanyalah memberikan sedikit kesan terhadap bayaran bulanan namun masih tidak membebankan. Malah Perodua juga akan menawarkan waranti pelindungan bagi pakej aksesori terbabit tetapi pemasangannya perlulah melalui bengkel yang diiktiraf oleh Perodua sahaja”.

Aksesori ini boleh didapati pada pakej istimewa, Di mana para pelanggan boleh menikmati harga yang lebih baik (tidak termasuk kos buruh dan GST) dengan setiap tempahan aksesori yang dipilih.

Ditawarkan dengan tiga pilihan, bagi Axia standard, terdapat dalam dua jenis aksesori iaitu gril hadapan & kit bampar, kit bampar belakang, skirt sisi, spoiler belakang, sarung tempat duduk hadapan material PVC dengan rekaan berlian, sarung tempat duduk belakang material PVC dengan rekaan berlian dan juga kekemasan pintu dnegan jahitan berwarna kelabu. Ia ditawarkan pada harga RM3,515.

Manakala pilihan aksesori kedua bagi Axia standard pula ialah gril hadapan & kit bampar, kit bampar belakang, skirt sisi dan spoiler belakang yang kesemuanya berharga RM2,575.

Bagi pakej kombo Axia SE yang berharga RM2,399, ia mengandungi gril hadapan & kit bampar, kit bampar belakang, skirt sisi, sarung tempat duduk hadapan material PVC dengan rekaan sarang lebah, sarung tempat duduk belakang material PVC dengan rekaan sarang lebah dan juga kekemasan pintu dengan jahitan berwarna merah.

Selain itu,GearUp turut menawarkan dua lagi pakej aksesori iaitu Pakej D bagi pencahayaan lantai & tempat penyimpanan barang, penebat hud dan vibratile yang berharga RM413. Manakala Pakej E pula hanya untuk varian standard yang mengandungi kluster tengah, pemegang pintu dalaman krom, dan perehat tangan pada pintu dalaman yang berharga RM255.

Harga pengenalan serendah RM2,200 (iaitu diskaun sehingga 15%) turut akan ditawarkan kepada para pelanggan di antara 16 April sehingga 31 Ogos tahun ini.

GearUp Launch Promo

Perodua Axia SE


Perodua Axia standard

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq