Citroen Grand C4 Picasso 1.6 THP dilancarkan – Harga RM179,888

By  |  0 Comments

grand-c4-picasso-petrol

Lewat petang ini, bertempat di Mid Valley Megamall, Naza Euro Motors telah melancarkan varian petrol bagi Citroen Grand C4 Picasso 1.6 THP. Jun tahun lalu, Naza Euro Motors telah melancarkan Citroen Grand C4 Picasso 2.0 Blue HDi versi diesel.

MPV tujuh-tempat duduk ini tampil dengan rekaan yang mengagumkan serta memiliki keseimbangan antara ruang dalaman dan gaya luar yang menarik. Menggunakan platform baharu iaitu EMP2 yang menyediakan kombinasi terbaik bagi versatiliti, ruang kabin dan akses yang lebih mudah.

Ia turut melambangkan keanggunan sebagai sebuah MPV dengan karakteristik yang tersendiri serta garisan yang lebih elegan. Malah rekaan baharu bahagian hadapan sehingga ke belakang termasuk penampilan lampu belakang LED 3D nampak begitu praktikal.

Imej luaran dan dalaman yang ditampilkan juga menyamai model Grand C4 Picasso 2.0 Blue HDi iaitu dilengkapi dengan rim bersaiz 18-inci yang dibaluti tayar Michelin Pilot Sport 3, bumbung panoramik, kemasukan tanpa kunci, dan pembuka pintu belakang elektronik.

Bagi bahagian kabinnya, ia turut dilengkapi dengan tempat duduk balutan kulit Cuir Nappa upholstery, Tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan dengan fungsi urut, sistem kemasukan tanpa kunci, sistem infotainmen dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh-inci, skrin panoramik HD digital bersaiz 12-inci yang turut bertindak sebagai paparan navigasi dan kamera undur, Sistem Bantuan Parkir, Kawalan kelajuan Aktif, bantuan parkir hadapan dan belakang.

Bukan itu sahaja, Citroen Grand C4 Picasso 1.6 THP turut dilengkapi dengan teknologi yang membantu mempertingkatkan lagi keselamatan dan pengendalian. Antara elemen keselamatan tersebut ialah Amaran Risiko Pelanggaran, Bantuan Mula Mendaki, Sistem Amaran Penukaran Lorong, Sistem Paparan Titik Buta dan Program Kestabilan Elektronik (ESP).

Bagi ESP, ia mengandungi ABS, EBD, Bantuan Brek Elektronik (EBA), Kawalan Kestabilan Dinamik (DCS) dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).

Citroen Grand C4 Picasso 1.6 THP ini dijanakan oleh enjin petrol 1.6 liter pengecas turbo yang mampu memberikan kuasa 163 hp dan tork 240 Nm. Ia juga dipadankan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan.

Ia juga mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 10.0 saat dan boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 189 km/j. Penggunaan bahan apinya pula didakwa hanya sekitar 5.6 liter bagi setiap 100 km (17.8 km/L).

Sistem suspensinya dipadankan dengan topang Macpherson bagi menambahkan kualiti pengendalian, sementara untuk belakang pula menggunakan transverse beam yang fleksibel.

Boleh didapati dalam empat pilihan warna iaitu Noir Onyx (hitam), Blanc Banquise (putih), Blue Telese (biru) dan Rouge Babylone (merah). Ia ditawarkan pada harga atas jalan (termasuk GST + insurans) RM179,888. Ia turut didatangkan dengan waranti lima tahun tanpa perbatuan terhad.


Citroen Grand C4 Picasso 2.0 Blue HDi

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq pkv games pkvgames qiuqiu pkv pkv games pokerqq dominoqq bandarqq bandarqq dominoqq mixparlay pkvgames slotgacor parlay pokerqq
situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq