Mitsubishi Motors catat jualan memberangsangkan bagi suku pertama 2015

By  |  0 Comments

ASXdrive16

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mencatat jualan yang memberangsangkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015 iaitu naik sebanyak 12.8 peratus kepada 14,184 unit berbanding tahun sebelumnya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MMM hari ini, prestasi yang kukuh ini berpunca daripada lonjakan dalam jualan Mitsubishi ASX iaitu kenderaan pertama MMM yang dipasang di dalam negara ini.

Sejak diperkenalkan pada Februari 2014, sebanyak 3,299 unit Mitsubishi ASX telah dijual, sekali gus menyumbang kepada 23 peratus daripada keseluruhan jualan MMM bagi tahun kewangan tersebut.

Malah Mitsubishi Triton juga menjadi penyumbang utama, di mana ia terjual sebanyak 6,016 unit dan mencatatkan 42 peratus daripada jualan MMM. Model terbaharu Triton disahkan akan dilancarkan pada Mei 2015.

Sejak 2005, kenderaan MMM telah dijual melebihi daripada 88,000 unit di Malaysia. Setakat ini, MMM mempunyai 58 bilik pameran kereta dan 54 pusat servis di seluruh negara.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *