Ssangyong tayang model konsep XAV di Seoul Motor Show

By  |  0 Comments

ssangyong-xav5-1

Semestinya pembuat kenderaan di Korea Selatan tidak akan melepaskan peluang mendedah, mempertontonkan atau melancarkan model baharu, yang diperbaharui mahu pun model konsep di pertunjukan automotif di negara mereka.

Terbaru, Ssangyong Motor iaitu sebahagian daripada Mahindra Group telah pun mempertontonkan model konsep SUV terbaharu mereka yang diberi nama XAV. Ia dikatakan sebagai arah baharu bagi Ssangyong dalam menghasilkan produk masa hadapan mereka.

Model konsep XAV tampil dengan rekaan gril sisi yang unik iaitu mewakili elemen teras bagi Ssangyong Motor. Malah ia juga dianggap sebagai simbol pembangunan teknologi dan inovasi yang diketengahkan bagi model masa hadapan Ssangyong sendiri.

ssangyong-xav8-1

Menurut CEO syarikat terbabit, Choi Johng-sik, XAV merupakan model konsep SUV yang bersaiz kecil tetapi boleh digunakan sebagai kenderaan off-road. Ia merupakan arah terbaharu bagi penghasilkan produk akan datang Ssangyong. Malah ia juga bukti bagi komitmen mereka sebagai pembuat SUV di peringkat global dengan menghasilkan kenderaan yang berpotensi tinggi.

XAV (eXciting Authentic SUV) boleh dianggap sebagai ikon kenderaan bagi generasi anak muda masa kini. Malah turut dijadikan sebagai identiti jenama bagi Ssangyong Motor sendiri.

ssangyong-xav-02-1

Rekaan luarannya yang unik dan sofistikated mempotretkan XAV ini sebagai sebuah SUV yang tulen. Malah bentuk berkotak yang ditampilkan turut memberikan ruangan dalaman yang kepelbagaian, sesuai dengan aktiviti luaran dan bumbung kanvas SUV ini juga boleh dibuka serta dikendalikan dengan mudah.

Bahagian hadapannya direka dengan memiliki sentuhan maskulin termasuk lampu utama dan rekaan ala retro. Pada bahagian belakangnya pula, XAV tampil dengan rekaan yang menampakkan kekuatannya sebagai SUV termasuk padanan bampar bersaiz besar.

Bagi bahagian kabinnya pula, ia direka lebih spesifik bagi memenuhi kehendak penumpang. Ia memiliki ruang storan yang lebih besar, tempat duduk bucket yang sporty, serta ambien yang menyenangkan.

ssangyong-xav-05-1

Dengan enjin 1.6 liter dan sistem e-4WD, ia turut tampil dengan pek bateri lithium-ion dan motor elektrik yang dipasang pada bahagian roda hadapans erta belakang. Ia membantu menambahkan lagi kuasa serta penggunaan bahan api yang lebih efisien bagi XAV.

XAV juga ditampilkan dengan sistem Smart Motion Control yang terdiri daripada Electronic Air Suspension dan Stereo Vision bagi menambahkan keselesaan pemanduan terutamanya di permukaan jalan yang kasar, dakam masa yang sama ia menambah baik aspek keselamatan jika berlakukan kebocoran tayar.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq