GST : Mitsubishi kurangkan harga antara RM200 hingga RM2,000 mengikut model

By  |  0 Comments

LancerGTE_Ext_05

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) juga turut mengumumkan harga baharu bagi kesemua modelnya dalam pasaran iaitu mengalami pengurangan antara RM200 hingga RM2,000 mengikut model.

“Walau pun mengalami perubahan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 10% yang digantikan dengan 6% bagi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta nilai RM yang lemah berbanding Dolar, namun MMM masih kekal komited demi memenuhi keperluan para pengguna yang mahukan kenderaan yang mempunyai nilai mata wang,” ujar Won-Chul Yang, CEO MMM.

Model ASX 2WD dan 4WD merupakan hasil pemasangan tempatan (CKD), sementara model Mirage, Attrage, Pajero Sport dan Triton diimport sepenuhnya dari Thailand. Begitu juga dengan Pajero dan Lancer yang diimport dari Jepun.

MMM juga bakal melancarkan model Triton serba baharu iaitu daripada generasi kelima pada Mei Ini.

Hingga kini MMM telah pun mempunyai 57 bilik pameran (43 daripadanya merupakan pusat 3S) dan 47 cawangan pusat servis di seluruh negara.

Berikut merupakan harga baharu bagi semua model Mitsubishi di Malaysia :

Harga-GST-Mitsubishi

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *