GST : Perodua turunkan harga kenderaannya antara 0.1% dan 1.6%, tiada perubahan bagi alat ganti

By  |  0 Comments

Axia_Ext_04

Mulai hari ini, Perodua akan mengurangkan harga kenderaannya antara 0.1% dan 1.6% bergantung pada modelnya, berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Walau bagaimana pun Perodua akan mengekalkan harga alat gantinya.

“Kami sentiasa menyokong keputusan kerajaan dan harapan para pelanggan yang inginkan kenderaan dengan harga mampu milik dan mempunyai nilai mata wang,” ujar Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Perodua pernah menyusun semula harga bagi model-modelnya dan menambah nilai antara 3% hingga 12% sejak 2013. Malah kini semua model Perodua juga telah ditawarkan dengan waranti selama lima tahun.

Aminar turut berkata, model pertama yang menerima inisiatif penjimatan kos ialah Perodua S-Series yang mencatat jualan sehingga 153,000 unit dari Mac 2013 dan Januari 2015.

Perodua telah mengurangkan harganya, namun dalam masa yang sama telah menambah baik produknya. Di mana perubahan ini adalah hasil daripada pelaburan dan program transformasi yang dilakukan oleh Perodua sejak tahun 2011 untuk bersaing di peringkat global termasuk daripada segi kualiti, kos dan penghantaran serta servis.

Perodua GST

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *