Honda dedah model terhad S660 CONCEPT EDITION

By  |  0 Comments

Honda-S660-Concept-Edition (JDM-Spec)-12

Bagi meraikan pelancaran model S660, Honda telah memperkenalkan model terhad S660 CONCEPT EDITION.

Model kei car yang dijadualkan bakal mula dipasarkan pada hari Khamis ini dengan jumlah terhad iaitu 660 unit sahaja, ia bakal ditampilkan dengan warna Premium Star White Pearl sahaja. Selain itu, tempat duduk balutan kulit dengan dua tona warna iaitu tempat duduk pemandu berwarna kelabu muda, sementara untuk tempat duduk penumpang pula kelabu gelap.

Model edisi terhad ini sebenarnya diadaptasi daripada model konsep S660 yang pernah tampil buat pertama kalinya di Tokyo Motor Show pada tahun 2013. Warna putih pada kerangkanya juga digabungkan dengan warna merah Bordeaux pada bahagian atas dan dua tona warna hitam serta putih pada cermin sisi.

Honda-S660-Concept-Edition (JDM-Spec)-11

Seperti mana model biasa S660, CONCEPT EDITION ini turut dijanakan oleh enjin turbo 660cc tiga-silinder dengan hamburan63 hp yang menghantar kuasa ke roda belakang menerusi kotak gear manual enam-kelajuan atau pilihan CVT tujuh-kelajuan.

Honda turut berkata, model ini memiliki bahagian tengah graviti yang rendah dan beratnya dengan nisbah 45:55 mampu memberikan “prestasi di selekoh yang cemerlang”.

Buat setakat ini, S660 dan S660 CONCEPT EDITION hanya akan dijual di Jepun sahaja.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *