Range Rover SVAutobiography… menanti detik kemunculan rasmi

By  |  0 Comments

Range-Rover-SVAutobiography-1

Ternyata Land Rover turut tidak sabar untuk mempertontonkan model baharu Range Rover SVAutobiography di New York Auto Show yang bakal berlangsung 1 April ini.

Direka menjadi model Range Rover yang lebih berkuasa dan penuh kemewahan, SVAutobiography dibangunkan oleh pasukan JLR Special Vehicle Operations. Ia menampilkan gril kekemasan krom Graphite Atlas, perkataan “Range Rover” di atas hud yang telah diperkemaskini dan sistem ekzos ‘four-tailpipe’.

Malah pelanggan juga boleh menempah luaran yang lebih unik dengan duo-tona dan Santorini Black pada bahagian atas kerangka serta warna yang berlawanan dengan salah satu daripada sembilan warna berbeza.

Range-Rover-SVAutobiography-5

Perubahan terbesar yang dilakukan pada bahagian kabin pula ialah dengan adanya pedal aluminium, kekemasan kayuan serba mewah dan penukar gear baharu. Malah tempat duduk penumpang belakang juga ditampilkan dengan peti ais dan meja ‘deployable’. Selain itu, antara daya tarikan pada bahagian kabin ialah penyangkut kot bersalut aluminium dan juga karpet lantai “deep twist pile mohair”.

Range Rover SVAutobiography ini memang cukup sempurna pada pandangan mata, namun ia turut menawarkan beberapa lagi pilihan termasuklah lantai muatan gelongsor yang menampilkan lantai kayuan venir dan aluminium. Pelanggan juga boleh menempah pakej “Event Seating” dengan dua tempat duduk kulit Windsor yang boleh dipasang pada bahagian belakang (apabila dilipat ke bawah).

Di bawah hudnya, Range Rover SVAutobiography dijanakan dengan tiga pilihan enjin yang berbeza iaitu SDV6 Hybrid, SDV8 dan 5.0 liter V8 supercharged yang boleh menghasilkan kuasa sehingga 550 PS dan tork setinggi 680 Nm. Enjin tersebut juga boleh membuatkan jentera ini dipacu dari 0-100km/j dalam hanya 5.5 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum sehingga 225 km/j.

Bakal dijual pada musim panas ini dengan harga bermula £148,900 (RM818,633)untuk pasaran UK dan $199,495 (RM740,665) di USA (pada musim luruh).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *