Chevrolet United Roadshow ke Penang pula

By  |  0 Comments

Malibu_Ext_17

Untuk warga Pulau Mutiara, Penang, jika anda mahu melihat barisan model Chevrolet, bolehlah berkunjung ke pusat membeli-belah Queensbay bagi memeriahkan Chevrolet United Roadshow. Ia telah bermula dari 19 hingga 22 Mac ini, jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam.

Inilah peluang untuk warga utara termasuk Kedah, Perlis dan Perak, selain Pulau Pinang, untuk memandu uji dan menikmati tawaran hebat dengan rebat sehingga RM8,888 dan banyak lagi bagi model terpilih.

Antara model Chevrolet yang mengambil bahagian termasuklah Malibu, Orlando, Cruze dan Colorado.

“Chevrolet merupakan jenama yang dikenali di seluruh dunia berhubung dengan keselamatan dan kebolehpercayaan. Malah ia juga memiliki kombinasi terbaik untuk keselamatan, praktikal, gaya dan kepelbagaian fungsi. Kami benar-benar gembira dapat membawa pelbagai kenderaan berkualiti tinggi untuk rakyat Malaysia,”ujar Thoo Ai Wuen, Tembilan Presiden 1 NAZA Quest Sdn Bhd.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *