Hyundai Tucson sudah ada versi CKD untuk pasaran Malaysia – Harga dari RM115,888

By  |  0 Comments

Tucson_Sport

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah pun memulakan produksi untuk versi pemasangan tempatan (CKD) bagi model Tucson 2.0L, di kilang Inokom yang terletak di Kulim, Kedah.

SUV bersaiz sederhana ini mula diperkenalkan di seluruh dunia sejak tahun 2004 dan sehingga kini telah mencatat jualan hampir 2 juta unit.

“Tucson menjadi salah satu model Hyundai yang paling popular, justeru kami membuat keputusan untuk memperkenalkan model CKD bagi pasaran Malaysia,” ujar Lau Yit Mun, Pengarah Urusan Hyundai-Sime Darby Motors.  

Model Tucson CKD ini turut menerima penambah baikan elemen termasuklah untuk lampu pencahayaan siang LED dan tempat duduk balutan kulit untuk semua variannya.

Tiada sebarang perubahan mekanikal, Tucson 2.0L masih mengekalkan enjin 2.0 NU yang mampu menyalurkan kuasa sehingga 158 hp pada 6,200 rpm dan tork setinggi 192 Nm pada 4,000 rpm.

Ia ditawarkan dengan pilihan warna yang menarik termasuklah Pure White, Titanium Grey, Hyper Metallic, Pepper Grey serta warna eksklusif untuk varian sport iaitu Remington Red, Phantom Black Sleek Silver dan Platinum Silver.

Tucson CKD ini hanya ditawarkan dengan dua varian sahaja iaitu NU 2.0 Elegance yang berharga RM115,888 dan NU 2.0 Sport pula hanya RM132,888. Harga tersebut adalah tanpa premium insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan sewa beli pemilikan, serta hanya tertakluk di Semenanjung Malaysia sahaja.

HSDM turut menawarkan waranti selama lima tahun atau 300,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu) untuk semua kenderaan penumpangn baharu. Malah turut menawarkan servis bantuan 24 jam untuk semua kenderaan baharu dan sedia ada Hyundai.

Locally Assembled Tucson Spec Sheet


 

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *