Chevrolet Colorado High Country telah dilancarkan di Thailand

By  |  1 Comment

Chevrolet-Colorado-High-Country_1

Chevrolet baru sahaja melancarkan Chevrolet Colorado High Country di Thailand. Ini merupakan varian terbaharu bagi trak pikap Colorado untuk pasaran Thailand dan rantau ini. Plat nama bagi “High Country” dipinjam daripada trak pikap Chevrolet bersaiz besar yang dijual di Amerika Utara dan trak pikap mewah bersaiz sederhana di Brazil.

“High Country bukan sekadar trak untuk urusan kerja, namun turut menepati gaya hidup masa kini,” ujar Marcos A. Purty, Pengarah Urusan GM Thailand & Chevrolet Sales Thailand.

Chevrolet-Colorado-High-Country_2

Berbanding Colorado standard, Colorado High Country ini telah menerima pertambahan elemen menarik termasuklah lampu utama “Dark Chrome Mask”, gril berwarna hitam dan bar yang lebih menonjol dan B-pillar dengan lapisan berkilat. Bukan itu sahaja, ia juga tampil dengan sports bar yang lebih bergaya, bar rak bumbung melintang, perumah lampu belakang dengan kekemasan krom serta roda bersaiz 18-inci.

Bagi bahagian kabinnya pula, ia turut dilengkapi dengan tempat duduk pemandu yang boleh dilaras secara elektrikal dengan enam cara, tempat duduk balutan kulit berwarna “Brown Stone” serta kekemasan berwarna hitam berkilat pada bahagian papan pemuka, konsol tengah dan roda stereng. High Country ini juga turut menampilkan sambungan bagi telefon pintar, navigasi dan kamera undur.

Chevrolet-Colorado-High-Country_5

Dijanakan oleh enjin generasi kedua Duramax 2.8 liter turbodiesel, Chevrolet Colorado High Country ini mampu menghamburkan kuasa sehingga 200 hp dan tork setinggi 500 Nm pada 2,000 rpm. Dua varian diperkenalkan iaitu 2WD dan 4WD, ia dijual pada harga 969,000 baht (RM108,843) dan 1.029 juta baht (RM115,583).

Diproduksikan di kilang GM yang terletak di Rayong, di mana model Sonic sedan dan hathback telah dihentikan pengeluarannya di sini bagi memberikan fokus terhadap pembikinan trak dan SUV.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *