Nissan GT-R 2016… kemunculan yang lebih berkuasa

By  |  1 Comment

Nissan-GTR-2016-1

Ini memang untuk pasaran USA, Nissan GT-R 2016 kini telah tiba di negara Uncle Sam, dengan kemunculan yang lebih segar-bugar dan memiliki pertambahan beberapa elemen yang lebih menarik mata dan hati. Daya tarikan utama kehadiran GT-R 2016 ini ialah ia turut ditampilkan dengan enjin VR38DETT yang lebih berkuasa, rim baharu bersaiz 20-inci dan juga edisi istimewa 45th anniversary Gold Edition.

Dibina berdasarkan varian Premium standard, edisi istimewa ini memilih warna Silica Brass untuk menyamai warna yang sama pernah ditawarkan pada R34 Skyline GT-R M-Spec 2001. Plat VIN berwarna keemasan diletakkan di petak enjin. Hanya kurang dari 30 unit sahaja yang ditawarkan untuk pasaran US dan 45 unit pula telah dijual di Jepun.

Bagi GT-R Premium dan Black Edition, ia menerima padanan enjin 3.8 liter turbo-berkembar V6 yang mampu mencapai kuasa maksimum sehingga 550 hb berbanding 545 hp bagi model sebelumnya. Manakala lonjakan tork kekal iaitu 630 Nm.

Model Premium juga dilengkapi dengan rim aloi 20-jejari RAYS yang dibaluti tayar Dunlop Sport Maxx GT 600 DSST CTT, menggantikan rekaan 10-jejari yang digunakan sebelum ini. Manakala bagi Black Edition pula, ia hanya menggunakan rim enam-jejari yang lebih ringan.

Bagi varian tertinggi yang ditawarkan, GT-R Nismo, ia diberi talaan istimewa yang lebih aerodinamik termasuk pada bahagian casis dengan gegelung bespoke dan peredam Bilstein DampTronic.

Di USA, Nissan GT-R 2016 dijual pada harga bermula US$101,770 (RM376,560) untuk Premium dan US$149,990 (RM554,980) bagi Nismo.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *