Volkswagen Golf SportWagen tiba di negara Uncle Sam

By  |  0 Comments

13

Ahli keluarga terbaharu Golf bakal tiba di negara Uncle Sam, USA, April ini.

Dibina dengan platform Modular Transverse Matrix (MQB), SportWagen yang menggantikan Jetta SportWagen telah pun memenangi beberapa anugerah termasuklah Kereta Tahunan Terbaik Amerika Utara 2015.

Dengan kerangka yang lebih berat tetapi lebih ringan dan lebih berkuasa serta mampu memberikan penjimatan bahan api yang cemerlang, SportWagen ini telah pun diberi penambah baikan yang lebih hebat berbanding dengan model sebelumnya.

23

Ditawarkan dengan dua penjana kuasa iaitu enjin EA888 1.8 liter empat-silinder TSI pengecas turbo yang mampu mengeluarkan kuasa sehingga 170 Hp dan ia dipadankan bersama transmisi manual lima-kelajuan atau automatik enam-kelajuan. Selain itu, ia juga menawarkan pilihan enjin EA288 2.0 liter empat-silinder TDI® Clean Diesel dengan 150 Hp serta padanan transmisi manual enam-kelajuan atau klac-berkembar DSG® enam-kelajuan.

Golf SportWagen 2015 ini turut ditampilkan dengan elemen baharu termasuklah sistem audio Fender® Premium, 12-cara pelarasan tempat duduk pemandu dan penghawa dingin automatik Climatronic®.

Selain itu, ia turut menawarkan elemen bantuan pemanduan termasuklah Automatic Post-Collision Braking System, Forward Collision Warning System, dan Park Distance Control.

Daripada segi luarannya, Golf SportWagen 2015 ini memiliki garisan yang tajam sama seperti model Golf yang lain, namun imej lebih moden telah diterapkan. Bahagian hud hadapannya lebih landai menghala ke dapra hadapan dan gril radiatornya pula lebih langsing.

Malah rekaan bahagian belakangnya juga tampil lebih unik bagi membezakan ia dengan model Golf hatchback. Cermin belakangnya lebih besar dan kehadiran lampu belakang rekaan geometrik memberikan gaya yang lebih segar.

25

Bagi model SportWagen TSI S, ia turut dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 15-inci, sementara varian TDI S pula, 16-inci. Untuk varian SE, ia menerima padanan rim aloi bersaiz 17-inci bagi model TSI dan TDI. Sementara varian SEL pula ditampilkan dengan rim aloi bersaiz 18-inci.

Bumbung panoramik pula merupakan elemen standard bagi semua model kecuali varian S dan SEL yang memiliki rel bumbung berwarna perak. Selain itu, kedua-dua varian ini turut ditampilkan dengan lampu kabus, lampu utama Bi-Xenon dan lampu pencahayaan siang LED serta sistem Pencahayaan-Lampu Hadapan Adaptif Volkswagen.

28

Untuk bahagian kabinnya pula, ruang yang lebih luas digandingkan, memberikan lebih keselesaan buat para penumpang. Bagi kekemasan dalaman, material sentuhan lembut dipilih bagi memberikan nilai yang lebih eksklusif. Tempat duduk, roda stereng, pemegang brek tangan dan tombol gear dibaluti material kulit lembut bersama kekemasan piano-black.

Selain itu, elemen lain yang ditonjolkan termasuklah roda stereng dengan butang pelbagai-fungsi, sistem audio SiriusXM® Satellite, skrin sesentuh bersaiz 5.8 inci, teknologi Bluetooth dan sambungan VW Car-Net® serta Media Device Interface (MDI). Kemasukan tanpa kunci KESSY® dengan butang penghidup enjin adalah elemen standard bagi semua varian TDI, TSI, SE dan SEL.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *