Pasukan Malaysia raih tiga anugerah di Shell Eco-Marathon Asia 2015

By  |  0 Comments

image001

Pasukan Malaysia yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi, telah meraih tiga anugerah di pertandingan Shell Eco-marathon Asia 2015 baru-baru ini.

Perlibatan seramai lebih 120 orang pelajar dari 17 buah negara merentasi Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika termasuk negara yang baru menyertainya seperti Asutralia, Bangladesh, Oman dan Arab Saudi, telah berentap antara satu sama lain untuk meraih anugerah di Shell Eco-marathon Asia 2015 yang berlangsung di Manila, Filipina.

Pasukan UiTM Eco-Sprint dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam telah memenangi kategori Prototype Hydrogen Fuel Cell dengan rekod perbatuan 315 km/m3. Rekaan mereka, SperMotive-3, telah diinspirasikan untuk MH370 dan MH17 bagi ahli keluarga, rakan dan mangsa yang terlibat dengan tragedi tersebut.

???????????????????????????????

Pasukan Eco-Voyager dari Universiti Malaya pula memenangi tempat kedua dalam kategori yang sama dengan rekod perbatuan 216.0km/m3.

Manakala pasukan UiTM Eco-Planet juga dari UiTM telah mempertahankan kejuaraan mereka bagi kategori UrbanConcept Hydrogen Fuel Cell dengan rekod 105.8km/m3, mengalahkan 17 pasukan yang lain.

Menurut Pengarah Teknikal Shell Eco-marathon, Norman Koch, “Kami sangat berbangga melihat lebih banyak penyertaan pasukan dan negara yang terlibat dengan Shell Eco-marathon ini berbanding tahun lalu. Ia sangat mengujakan apabila terdapat penyertaan baharu dari negara seperti Australia, Arab Saudi, Oman dan Bangladesh. Malah saya juga berharap lebih banyak penyertaan untuk tahun yang seterusnya.”

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq