Honda Civic Type R 2015 bikin hati tertawan!

By  |  0 Comments

Honda-Civic-Type-R-2015-1

Digambarkan sebagai “kereta lumba untuk jalan raya”, akhirnya Honda menayangkan model Civic Type R 2015 secara perdana pada hari pembukaan Geneva Motor Show semalam.

Civic Type R ini memiliki kit badan aerodinamik termasuklah bampar hadapan yang direka khas untuk “menghalang pergolakan udara di sekitar roda depan, mengurangkan seretan dan meningkatkan kestabilan kelajuan tinggi” dengan corong udara yang lebih besar serta front splitter baharu.

Honda-Civic-Type-R-2015-5

Pada bahagian belakangnya, terdampar wing belakang yang lebih garang dan panel bawah kerangka yang menyalurkan udara ke peresap belakang yang sporty. Ia juga menampilkan rim aloi bersaiz 19-inci yang dibaluti dengan tayar 235/35R19 yang dibangunkan khas untuk Type R.

Perubahan besar turut jelas kelihatan pada bahagian kabin termasuklah menampilkan tempat duduk sport balutan suede dengan jahitan kontra berwarna merah. Malah ia turut menampilkan roda stereng sport balutan kulit dan tombol gear aluminium.

Honda-Civic-Type-R-2015-12

Jentera ini dijanakan oleh enjin 2.0 liter empat-silinder pengecas turbo yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 310 PS dan tork setinggi 400 Nm. Ia juga dipadankan bersama transmisi manual enam-kelajuan yang membolehkan Civic Type R ini dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 5.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum sehingga 270 km/j.

Berkenaan dengan prestasinya, Civic Type R ini turut ditampilkan dengan Adaptive Damper System dan sistem brek hadapan Brembo dengan kaliper empat-omboh. Bukan itu sahaja, Honda turut memadankan Dual Axis Strut Front Suspension untuk membantu mengurangan pergeseran tork sebanyak 50 peratus berbanding suspensi standard Civic. Tidak cukup dengan itu, sistem Dual Pinion Electric Power Steering turut ditampilkan bagi memberikan kuasa stereng yang lebih responsif.

Honda-Civic-Type-R-2015-6

Untuk Civic Type R ini juga, pelanggan boleh menempah pakej GT bagi menambahkan kekemasan merah pada bahagian luaran, termasuk pengesan parkir hadapan dan belakang, lampu utama automatik, bilah pengilap cermin auto dan cermin sisi boleh lipat. Ia juga didatangkan dengan sistem audio premium, navigasi GPS dan beberapa sistem keselamatan lain termasuk Forward Collision Warning, Lane Departure Warning, dan Traffic Sign Recognition.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *