Peugeot bakal lancar model 308 & 408 serba baharu serta 508 facelift tahun ini

By  |  0 Comments

Peugeot-308-2014

Peugeot menerusi Nasim Sdn Bhd semakin agresif mengorak langkah di dalam memajukan lagi industri automotif tempatan. Terbaru, syarikat ini telah mengumumkan bakal melancarkan tiga lagi model bagi tahun ini. Ia merupakan dua model serba baharu iaitu 308 dan 408 serta model facelift 508 yang sedang menanti detik untuk dilancarkan.

Dijangka bakal melancarkan 308 serba baharu pada bulan hadapan, model ini sepatutnya mula berada di pasaran Malaysia pada hujung tahun lalu. Namun disebabkan berhadapan dengan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, pelancarannya terpaksa ditunda dan menurut Nasim, kini Peugeot 308 yang pernah dinobatkan sebagai Kereta Tahunan Eropah 2014 di Geneva Motor Show tahun lalu sudah bersedia menembusi pasaran tempatan.

Peugeot 308 serba baharu ini akan dijanakan oleh enjin 1.6L THP yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 165 Hp. Ia juga dipadankan bersama kotak gear automatik enam-kelajuan.

Menyusuli pelancaran itu, Peugeot 508 pula dijangka akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini. Telah pun dilancarkan di peringkat global pada September 2014, ia merupakan model facelift daripada barisan Peugeot 508 terdahulu iaitu 508 SW estate, 508 RXH estate dan 508 HYbrid4 sedan.

Kemungkinan besar ia akan membawa masuk varian wagon dan sedan, seperti mana yang ada pada pasaran sekarang. Namun Nasim masih belum mendedahkan lebih terperinci mengenai model ini. Adakah ia dijanakan oleh enjin 1.6 THP yang boleh menghasilkan kuasa sehingga 165 Hp pada 6,000 rpm dan tork setinggi 240 Nm pada 1,400 rpm dan 2.0 BlueHDi dengan kuasa 150 Hp pada 4,000 rpm serta tork 370 Nm pada 2,000 rpm?

Peugeot-408-01

Manakala model ketiga yang bakal dilancarkan sebelum tirai 2015 berlabuh ialah Peugeot 408 serba baharu yang pernah dipertontonkan di peringkat global di Auto China 2014. Mungkin ada perubahan yang ditampilkan pada model ini memandangkan 408 yang dipertontonkan di China itu adalah direka untuk pasaran negara berkenaan. Di mana ia dipadankan dengan enjin 1.6 THP pengecas turbo bersama teknologi Stop & Start.

Infokereta.com akan membawakan maklumat lanjut mengenai ketiga-tiga model ini dari masa ke semasa.

Peugeot 308 Serba Baharu

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *