Smart ForTwo Cabrio edisi MOSCOT bakal terjah Jerman musim panas ini

By  |  0 Comments

Smart-ForTwo-Cabrio-MOSCOT-1

Ternyata model keluaran Smart memang mendapat sambutan yang menggalakkan di negara luar termasuk Jerman. Ini dibuktikan apabila Smart memilih negara berkenaan untuk memperkenalkan dan memasarkan model edisi istimewa ForTwo Cabrio MOSCOT pada musim panas ini.

Hanya diproduksi untuk 100 unit sahaja, model ini direka bagi meraikan ulang tahun ke-100 MOSCOT dan ia turut meletakkan penanda aras sebagai ‘kemuncak’ bagi model ForTwo Cabrio sedia ada.

Smart-ForTwo-Cabrio-MOSCOT-15

Didatangkan dengan panel berwarna hitam berkilat bersama jaluran kuning, ForTwo Cabrio MOSCOT memiliki imej yang sedikit sporty. Ia turut menampilkan rim aloi BRABUS Monoblock VII berwarna hitam berkilat dengan lingkaran kuning, lampu utama titanium, label MOSCOT pada cermin tiga segi dengan bahagian hadapan memiliki spoiler BRABUS.

Warna hitam dan kuning turut merajai bahagian kabin. Ia turut menampilkan tempat duduk balutan kulit, panel pintu, kluster instrumen, pelapik lutut dan poket berwarna hitam. Manakala jaluran kuning turut menghiasi sisi tempat duduk termasuk pelapik lutut.

Roda stereng tiga-jejari balutan kulit, tombol gear dan bahagian papan pemuka juga dihiasi dengan warna hitam dengan lingkaran krom.

Smart ForTwo Cabrio edisi MOSCOT juga dijanakan oleh enjin 1.0 liter tiga-silnder pengecas turbo yang mampu menghasilkan 102 Hp yang menghantar kuasa pada roda hadapan melalui kotak gear manual lima-kelajuan.

Bakal memasuki pasaran Jerman mulai musim panas ini, Smart ForTwo Cabrio edisi MOSCOT dijual pad aharga bermula€29,524.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *