JPJ tidak saman pemandu yang merokok dalam kenderaan persendirian

By  |  0 Comments

Smoking 2

Bernama melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak mengeluarkan saman ke atas pemandu kenderaan persendirian yang merokok ketika memandu, tetapi saman boleh dikenakan terhadap pemandu kenderaan awam dan pelancongan yang melakukan perbuatan itu.

Beberapa blog dan pengguna media sosial sebelum ini mendakwa JPJ mengeluarkan saman ke atas seorang pemandu kereta dengan catatan kesalahan ‘Menghisap rokok semasa memandu’ bertarikh 27 Januari 2015.

Sebagai melahirkan rasa tidak puas hati, beberapa pengguna media sosial telah memaparkan gambar pegawai penguat kuasa JPJ merokok ketika memandu kenderaan agensi berkenaan.

Pegawai Perhubungan Awam JPJ, Mohamad Sazali Baharudin, berkata JPJ hanya mempunyai kuasa mengeluarkan saman ke atas pemandu yang merokok ketika memandu kenderaan awam dan kenderaan pelancongan seperti yang terdapat di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Katanya, JPJ tidak pernah mengeluarkan sebarang saman ke atas kesalahan merokok ketika memandu kenderaan persendirian dan saman yang menjadi viral dalam media sosial tersebut mungkin dikeluarkan oleh agensi penguat kuasa lain.

“Kita telah melakukan semakan ke atas saman yang disiarkan dalam laman sosial dan mendapati bahawa anggota penguat kuasa JPJ tidak pernah mengeluarkan saman itu seperti yang didakwa oleh pihak yang tidak bertanggung jawab,” katanya.

Mohamad Sazali, berkata setiap kesalahan merokok di dalam kenderaan awam boleh dikompaun tidak melebihi RM5,000, didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *