Mercedes-Benz panggil balik E-Class & CLS-Class untuk pembaikian

By  |  0 Comments

MercE40033

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah mengumumkan panggilan semula (recall) bagi dua modelnya iaitu W212 E-Class dan W218 CLS-Class. Hanya kelompok terhad sahaja yang terlibat dan kesemua kenderaan terbabit telah dikenal pasti.

Bagi E-Class yang terlibat ialah model tahun buatan 2012, 2013, 2014 dan 2015.

Ia selepas unit pemantau produknya, Daimler AG, menemui masalah pada pelekat getah pada petak enjin model terbabit.

MBM menerusi pengedar bertauliah akan memaklumkan kepada semua pelanggan yang terlibat dan kerja-kerja penyelenggaran tersebut akan bermula pada pertengahan Mac ini. Penggantian komponen tersebut hanya mengambil masa kurang dari sejam.

Untuk maklumat lanjut, para pemilik kenderaan berkenaan bolehlah menghubungi pusat khidmat pelanggan MBM di talian 1800-88-1133 dari Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi hingga 5 petang.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *