Peugeot 208 2016 bakal ditayangkan secara perdana pada 4 Mac ini

By  |  0 Comments

Peugeot telah mengesahkan bakal menayangkan model 208 baharu di Geneva Motor Show pada 4 Mac ini.

Model 208 ini telah diberi penggayaan semula daripada bahagian hadapan sehingga belakang. Ia tampil dengan lampu utama rekaan baharu, gril radiator baharu dan bampar baharu dengan lampu kabus yang berlainan.

Pada bahagian belakang pula, ia juga tampil dengan elemen baharu seperti lampu belakang LED dengan rekaan 3D. Malah Peugeot juga akan menawarkan warna luaran yang baharu.

Pada bahagian kabinnya, ia akan menampilkan beberapa elemen yang segar termasuklah roda stereng balutan kulit, kekemasan baharu bagi papan pemuka dan skrin paparan sesentuh bersaiz tujuh-inci untuk sistem hiburan dengan sambungan Bluetooth dan USB, aplikasi mobil via Peugeot Connect Apps serta sistem MirrorScreen yang memudahkan penyambungan antara telefon pintar dengan skrin paparan.

peugeot-208-2016-6

Peugeot juga mengesahkan model 208 ini bakal menawarkan varian GT Line termasuk menampilkan elemen seperti gril hitam berkilat, lampu kabus hadapan, rim aloi bersaiz 17-inci dengan rekaan istimewa, ekzos paip berkembar, tempat duduk balutan separuh kulit dan banyak lagi.

peugeot-208-GTi-by-Peugeot-Sport-3

Bukan itu sahaja, sempena dengan ulang tahun ke-30 GTi, Peugeot juga mendatangkan versi GTi by PEUGEOT Sport dengan trek yang lebar, ketinggian yang direndahkan sedikit, rim bersaiz 18-inci, elemen luaran berwarna matt black, tempat duduk bucket, dan banyak lagi. Ia juga dijanakan oleh enjin 1.6 liter THP turbo dengan kuasa 208 hp.

Dijadual bakal berada di pasaran pada pertengahan Jun ini, Peugeot 208 ini akan diproduksi di Poissy, Perancis dan Trnava, Slovakia.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *