10,000 unit Proton Iriz telah didaftarkan

By  |  0 Comments

Proton_Iriz_ 001

Menurut laporan Bernama, kira-kira 10,000 kereta Proton Iriz didaftarkan di Malaysia sejak pelancarannya pada September tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd Norzahid Mohd Zahudi.

Norzahid berkata Proton menerima purata 150 tempahan sehari bagi kereta kompak itu didorong oleh permintaan untuk varian automatik 1.6 liter.

“Varian automatik 1.6 liter merupakan penyumbang terbesar kepada jualan Iriz, kira-kira 45 peratus pada masa ini, tetapi jualan varian automatik 1.3 liter mula meningkat,” katanya.

Beliau berkata Proton menyasarkan untuk menjual 4,000 Iriz sebulan pada tahun ini.

Norzahid berkata pada peringkat permulaan, hanya dua varian Iriz iaitu 1.3 liter manual dan 1.6 liter automatik dikeluarkan.

Norzahid berkata pembeli biasanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat sehingga Iriz sering dilihat di jalan raya sebelum mereka berkeyakinan untuk membeli kereta tersebut.

Beliau berkata Proton juga tidak menumpukan pada segmen kompak untuk sementara dan bagi pengeluar kereta tersebut menguasai pasaran akan mengambil sedikit masa.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *